TUAH ayah nampak pada kakinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itu yang terjadi kepada pasangan suami isteri di Amerika Syarikat (AS) apabil mereka menjadi ‘jutawan segera’ selepas menemui dua buah beg bimbit yang berisi wang tunai sejumlah £33,000 (RM188,038) di bahagian loteng kediaman mereka.

Penemuan tidak diduga itu berlaku di sebuah kediaman yang terletak di Cleveland, Ohio, AS ketika mereka berhasrat untuk melakukan pengubahsuaian.

Baca juga: Lelaki Vietnam obses barang kemas setiap hari melaram 2kg rantai gelang cincin emas

Baca juga: Perompak putih mata beg disangka ada RM58 ribu hanya berisi lampin

 

Individu yang tidak didedahkan identiti itu pada awalnya tidak mengesyaki sebarang kejanggalan terhadap beg tersebut dan menyangka hanya mengandungi kad sukan lama atau barang tidak berharga.

Dua buah beg yang berisi wang dijumpa di atas loteng kediaman pasangan di Amerika Syarikat.

“Saya mengambil dan membawakan beg tersebut berjumpa dengan isteri. Saya memang terfikir ada sesuatu di dalamnya, tetapi tidak berat seperti kumpulan syiling atau jongkong emas. Mungkin kami bertuah kerana berjaya menjumpai kad sukan lama,” kata lelaki terbabit yang dipetik daripada laporan Mirror.co.uk.

Lelaki itu turut menjelaskan, mereka menemui tiga bungkusan wang yang dibalut menggunakan kertas lilin bersama salinan akhbar lama, Cleveland Plain Dealer bertarikh 25 Mac 1951 di dalam beg pertama.

Iklan

Akhbar tersebut dipercayai digunakan untuk membungkus wang sebanyak £17,000 (RM96,978) agar tidak rosak bersama dengan beberapa bil bertarikh antara 1928 hingga 1934.

Sementara itu, beg kedua pula mereka menemui wang sebanyak £33,000 (RM188,251).

“Awalnya kami berasa ketakutan dan seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Situasi ini pastinya di luar sangkaan,” kata lelaki itu lagi.

Iklan

Beberapa individu menyarankan agar pasangan terbabit menghabiskan wang tersebut dengan berbelanja, namun lelaki berkenaan memilih untuk menggunakannya untuk menambah pendapatan mereka.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram