Penat 'mengemis' kutip hutang, ini cara mudah tuntut tak lebih RM5,000

Iklan
Hutang

BILA sebut pasal hutang, memang sesiapa pun akan sakit hati terutamanya yang susah nak bayar semula.

Masa awal nak berhutang bukan main manis lagi, tapi bila bab membayar boleh buat-buat lupa pula.

Iklan
Iklan

Pernah korang berhadapan dengan kawan yang suka meminjam tapi liat nak bayar?

Lebih sakit hati, dalam media sosial dia post makan sedap-sedap, melancong sana sini tapi bila diminta bayar hutang, 'diblock'nya pula nombor telefon kita.

Iklan

Kadang-kadang, hal hutang ni boleh bermasam muka, tak bertegur sapa malah putus sahabat atau saudara mara.

Dah penat ‘mengemis’ hutang tapi masih susah nak bayar?

Iklan

Baca juga Perlukah basuh baju baru selepas dibeli? Ini penjelasannya...

Jika jumlah tak lebih daripada RM5,000, ini cara untuk anda tuntut hutang tanpa guna peguam!

1. Pergi mahkamah majistret paling terdekat. Kemudian minta Borang 198.

2. Lengkapkan borang itu. Bayar pemfailan sebanyak RM20 sahaja.

3. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 itu dan bagi tarikh pendengaran.

4. Apabila sudah cop, kemudian bagi borang itu kepada orang yang hendak kita tuntut hutang. Boleh bagi secara bersemuka atau melalui pos berdaftar.

5. Kalau berjaya, mahkamah akan minta orang berhutang itu membayar dalam satu tempoh masa. Selalunya 14 hari.

6. Kalau si berhutang masih tidak mahu membayar, boleh pergi ke mahkamah dan isi Borang 208 pula.

7. Hukuman lebih berat boleh dikenakan, harta boleh disita, bayar secara ansuran atau orang berhutang boleh masuk penjara. Bergantung kepada hakim.

8. Jika orang berhutang tak datang ke mahkamah, waran tangkap boleh dikeluarkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter Adli Ishak (Perancang Kewangan)

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI