MENURUNKAN berat badan adalah proses yang tidak mudah.
Namun apabila berjaya mencapai berat yang diidamkan, rasa puas sukar untuk digambarkan. Tidak hanya badan semakin langsing, diri juga rasa lebih ringan dan segar!
Baru-baru ini penulis teruja melihat kemajuan penurunan berat badan yang dikongsikan pengguna Facebook, Siti Aishah, 34.
Keseluruhan berat yang berjaya dikurangkan ialah sebanyak 30 kilogram (kg) dalam masa enam bulan.
Siti yang dihubungi SinarPlus menyatakan kesyukuran apabila perjalanan menurunkan berat badan berakhir kejayaan.
Baca juga: Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang
Baca juga: Daripada saiz XXL ke M, Melly Goeslaw kongsi rahsia diet tanpa guna sebarang produk
"Alhamdulillah, terima kasih atas ucapan dan doa. Saya mengambil masa enam bulan untuk turunkan 30kg. Masih berusaha untuk menurunkan 10kg lagi,” katanya.
Siti turut berkongsi amalan yang dilakukan sepanjang usahanya berdiet. Tiada produk dan ‘crash diet’, semuanya dilakukan secara berperingkat selama enam bulan.
Dalam pada itu, wanita berkenaan menegaskan dia mengamalkan pemakanan sihat sepanjang proses berkenaan.
Dengan azam yang kuat makanan segera, minuman manis terus ditinggalkan.
"Jangan asyik tanya diet macam mana? Berapa bulan ambil masa dan makan apa.
"Tak ada diet yang boleh makan makanan segera. Mestilah kena makan makanan sihat, tinggalkan air atau sajian manis dan melebihkan pengambilan protein.
"Konsepnya sama sahaja, yang penting usaha. Tak ada perkara yang datang dengan mudah!” kata Siti.
Sepanjang berikhtiar, Siti berusaha mengamalkan senaman secara berterusan. Apa pun kata Siti, semuanya perlu dilakukan dengan ilmu yang betul.
"Setiap hari saya exercise, untuk dapat badan fit dan tidak gelebeh sebab kita pernah gemuk kan,” kata Siti yang memiliki ketinggian 155 sentimeter (cm).
Siti turut berkongsi hidangan ‘suku-suku separuh yang diambil. Diet ini menggunakan teknik pembahagian makanan kepada tiga jenis makanan. Separuh bahagian ialah sayur atau buah-buahan, manakala lagi dua sukatan suku ialah karbohidrat dan protein.
Saiz hidangan tersebut sememangnya disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia dikatakan sangat baik dan sesuai untuk semua, tidak kiralah jika seseorang itu ingin memulakan diet kerana ingin turun berat badan atau ingin mengelak penyakit.
Corak pemakanan diet suku- suku separuh kerana ia dapat mengelakkan masalah obesiti yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases) seperti kencing manis, penyakit jantung dan kolesterol tinggi.
Baca juga: Kubis goreng telur versi 'eat clean' buat si diet
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI