SUDAH menjadi satu lumrah kanak-kanak menyukai makanan yang tinggi dengan gula berbanding makanan dan minuman yang rasanya agak tawar.
Kebelakangan ini, ia terlihat seperti satu rutin baharu para ibu menyediakan makanan yang tinggi gula kepada anak-anak.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, Instagram @mazliana.mazlan yang merupakan pengamal perubatan menjelaskan bahawa pengambilan gula yang tinggi akan memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan anak-anak.
Menurut Dr Mazliana, otak anak-anak akan mengecut sekiranya sering diberi makanan dan minuman yang tinggi gula.
"Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula. Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan explain selalu. Anak-anak akan faham,” katanya.
Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas
Tambah Dr Mazliana lagi, pendedahan makanan dan minuman bergula setelah bangun pagi telah merosakkan sel otak anak-anak.
Berikut makanan yang tinggi gula, ini yang perlu ibu bapa ketahui dan ambil perhatian:
- Biskut
- Roti
- Aiskrim
- Jus buah
- Jem
- Bar coklat
- Bijirin
- Keropok
- Pes pasta
- Sos
- Kicap
- Sos tiram
- Pes masakan
Pengamal perubatan itu menegaskan, gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walaupun rasanya tidak terlalu manis tetapi kandungan gula masih lagi tinggi bahkan, gula merupakan kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultra proses.
"Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi. Minum air kosong kan lebih sihat,” jelasnya.
Berikut lima kesan buruk pengambilan makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula terhadap kesihatan anak, ini yang perlu diberi perhatian:
1. Kanak-kanak terdedah dengan risiko obesiti.
2. Meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung dan kanser.
3. Kekurangan nutrien.
4. Perkembangan otot dan lemak sihat yang menyokong otak dan sistem saraf akan terganggu kerana tidak mendapat pengambilan protein yang mencukupi.
5. Menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah gigi yang serius sehingga terpaksa menjalani rawatan gigi yang menyakitkan dan mahal.
Sumber: Very Well Family
Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak nyaris dihempap kabinet TV, berikut 10 tip rumah selamat untuk si kecil
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI