BARU-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan televisyen yang melekat di sebuah kabinet televisyen dan boleh berputar 360 darjah tiba-tiba jatuh.

Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna media sosial, TikTok @ima_salsuzaima, menunjukkan sebelum televisyen itu jatuh, seorang kanak-kanak lelaki memutarkan kabinet bergerak berkenaan.

@imasalsuzaima Reply to @imasalsuzaima ♬ original sound – ima_salsuzaima

Paparan video berdurasi 18 saat itu telah mendapat 3.9 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam ia dimuat naik.

Bukan itu sahaja, video berkenaan telah menarik perhatian warga maya dan menganggap kanak-kanak itu begitu beruntung tidak ditimpa televisyen yang besar itu.

“Allahuakhbar…nasib anak tak ada kat situ masa kejadian.”

“Allahuakhbar… nasib tak kena anak-anak. Tv boleh beli baru, anak tak boleh ganti, walaupun boleh beranak lagi. Alhamdulillah… Allah pelihara anak-anak.”

“Ya Allah bahayanya, kalau jatuh dekat anak. Teringat kes anak kawan meninggal, anak dia tv jatuh. Bahaya tu. Nasib tak kena anak. Tv boleh beli nyawa tak ada ganti.”

“Adoii.. Tak mengapa asalkan anak selamat, duit boleh cari ttapi nyawa anak ada satu je, syukur selamat.”

Namun, sudah menjadi fitrah kanak-kanak yang hidupnya penuh dengan tanda tanya serta keinginan mengetahui tentang sesuatu perkara.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan keadaan sekeliling terutamanya di dalam rumah bebas daripada barang-barang yang boleh membahayakan nyawa si kecil.

Berikut 12 tip rumah selamat untuk kanak-kanak, ini yang ibu bapa perlu ketahui:

1. Gunakan selak dan kunci keselamatan

Pastikan setiap laci atau almari yang mengandungi bahan-bahan beracun, berasid atau alatan tajam dikunci supaya si kecil tidak boleh membukanya.

Baca juga: Baca juga: [VIDEO] Bahaya, lelaki cuba ceroboh masuk kereta, mujur wanita ini sempat kunci pintu

2. Gunakan penutup tombol pintu

Sebenarnya penutup tombol itu membantu menghalang anak-anak daripada memasuki bilik atau kawasan yang berbahaya. Dengan adanya penutup itu, anak-anak tidak akan sewenang-wenangnya dapat membuka pintu berkenaan melainkan orang dewasa.

3. Gunakan peranti anti-scald

Peranti anti-scald merupakan alat yang digunakan untuk tetapan pemanas air bilik mandi. Ia amat membantu bagi mengelakkan melecur akibat terkena air panas.

4. Gunakan pagar keselamatan

Pagar keselamatan amat diperlukan untuk sesebuah keluarga yang mempunyai anak kecil. Ia boleh dipasang di tangga untuk mengelakkan anak-anak daripada jatuh dan juga boleh di pasang di kawasan yang berkemungkinan mendatangkan bahaya kepada mereka.

5. Gunakan alat penggera asap

Penting untuk memasang peranti pengesan asap di setiap ruangan yang ada di dalam rumah. Namun, penggera ini perlu diselenggara dengan kerap supaya ia dapat berfungsi dengan baik sewaktu diperlukan.

6. Gunakan pelindung tingkap dan jaring keselamatan

Iklan

Sebelum ini terdapat beberapa kes kanak-kanak jatuh dari balkoni dan tingkap rumah. Justeru, pemasangan pelindung dan jaring tingkap penting untuk mengelakkan perkara itu terjadi.

Sentiasa periksa peranti keselamatan ini sama ada ia berfungsi dan dipasang dengan baik dan selamat malahan, hadkan bukaan tingkap.

Namun, perlu diingatkan untuk menyediakan satu pagar tingkap yang boleh dibuka dengan mudah bagi membolehkan menyelamatkan diri ketika kebakaran.

7. Gunakan bampar sudut dan tepi

Pastikan setiap bucu perabot yang tajam dilindungi dengan bampar sudut bagi mengelakkan kecederaan anak-anak yang jatuh lalu terhantu di kawasan tajam berkenaan.

8. Gunakan penutup plat soket

Penutup plat soket ini amat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya renjatan elektrik. Ia dapat menyelamatkan anak-anak daripada terkena renjatan elektrik dan pastikan penutup plat itu tidak mudah dibuka oleh kanak-kanak.

9. Gunakan penggera karbon monoksida (CO)

Iklan

Penggera karbon monoksida juga penting seperti penggera asap kerana ia membantu mengelakkan daripada terhidup CO yang beracun dan ia juga perlu dipasang di semua ruangan rumah.

10. Gunakan pelekap perabot

Pernah terjadinya satu kes yang melibatkan televisyen jatuh lalu menghempap kanak-kanak, kemalangan ini perlu dielakkan daripada berlaku.

Justeru, rumah yang selamat adalah rumah yang menggunakan pelekap perabot yang dipahat di dinding bagi mengelakkan ia daripada jatuh dengan mudah.

Sumber: United States Consumer Product Safety Commission

Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI