KEMATIAN adalah sebuah kepastian yang pasti menghampiri setiap manusia.
Tiada siapa yang dapat lari dari kematian yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Kematian juga tidak melihat umur, kedudukan, wajah, masa dan sebagainya.
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Marshanda, mendedahkan dia mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan yang baik.
Itu berikutan dia menyedari keadaan dirinya yang kini menderita kanser payudara boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.
Pemilik lagu popular Sejuta Cinta itu kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata di saat bercerita tentang perkara itu.
Namun dia percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan Tuhan untuk dirinya.
"Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.
"Saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?
"Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura," tuturnya bernada sebak.
Baca juga Anak perempuan The Rock ikuti jejak langkah bertarung di gelanggang gusti
Mengakui dirinya kadang kala merasai sakit di bahagian payudara, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memohon doa orang ramai.
"Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan Tuhan tolong doakan saya.
"Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya," ujarnya.
Namun apa yang lebih menyentuh hati dalam video tersebut, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu turut meninggalkan pesanan buat satu-satunya anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas suami Ben Kasyafani bernama Sienna, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.
"Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.
"Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan," ujarnya.
Baca juga Cef Burak, ‘trending’ masak sambil senyum bukan hidap barah otak, hanya ‘check up’ biasa
Wanita berusia 32 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya kerana menjaga anak perempuannya itu dengan baik. Dia juga mengatakan wanita itu adalah ibu tiri terbaik bagi anaknya.
Sebelum ini, Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI