Anak perempuan The Rock ikuti jejak langkah bertarung di gelanggang gusti

A
A
A

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Siapa menyangka anak perempuan pelakon dan bekas bintang gusti terkenal, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock bakal mengikuti jejak langkahnya di gelanggang gusti profesional.

Anak perempuan sulung The Rock bersama bekas isteri, produser dan ahli bina badan, Dany Garcia iaitu Simone Alexandra Johnson, 21, mengumumkan akan muncul dalam penampilan sulungnya di World Wrestling Entertainment (WWE).

Simone menggunakan platform media sosialnya, termasuk Instagram dan Twitter mengumumkan nama gelanggang profesionalnya yang baharu.

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Simone bersama bapanya ketika kecil.

Gadis itu dikatakan akan menggunakan nama ‘Ava Raine’ dan merupakan generasi keempat di sebelah keluarga bapanya menceburi sukan pertempuran fizikal itu.

Menurut Daily Mail, Simone difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan WWE pada tahun 2020, tetapi penampilan sulungnya telah ditunda susulan pembedahan dan pemulihan daripada kecederaan yang dialami.

Sememangnya darah yang mengalir dalam diri Simone ‘darah gusti’.

Simone generasi keempat bergelar ahli gusti profesional dalam keluarga sebelah bapa.

Terdahulu, moyangnya, 'High Chief' Peter Maivia merupakan ahli gusti profesional keturunan Samoa dan Amerika yang menceburkan diri di WWE sejak 1962 hingga 1982.

Manakala datuknya, 'Soulman' Rocky Johnson aktif dari tahun 1964 hingga tahun 1991 diikuti bapa yang dikenali sebagai The Rock semasa di gelanggang gusti. The Rock aktif dalam gusti dari tahun 1996 hingga 2003.

Selain Simone, The Rock, 50, memiliki dua lagi anak perempuan bersama isteri, Lauren Hashian iaitu Jasmine, 6, dan Tiana, 4.

Gusti merupakan pertempuran fizikal antara dua orang yang mana setiap ahli gusti mahu memiliki kelebihan atau kawalan ke atas lawannya semasa bertempur.

Teknik fizikal yang digunakan merangkumi gaya gusti memeluk, memegang, mengunci dan mengumpil.

Baca juga: Will Smith tampar Chris Rock gara-gara persenda imej isteri

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca