NAMANYA lama dikenali susulan kepakarannya di dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Malah ada yang menggelarnya Pak Bidan.
Pakar Sakit Puan, Datuk Dr Hamid Arshat, 77, adalah antara pakar O&G terawal muncul di persada perubatan Malaysia.
Susulan pengalaman yang luas, beliau merupakan sumber rujukan orang ramai bagi masalah kesuburan.
Baca juga: 45 tahun menabur bakti, persaraan Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat undang kesedihan warga maya
Tokoh hebat yang baru sahaja bersara dalam bidang O&G baru-baru ini menitipkan beberapa cara meningkatkan fungsi minda dan otak.
Berikut lima tip yang dikongsikan oleh Dr Hamid. Lebih menarik lagi, ia telah diamalkan oleh beliau sendiri.
1. Baca dan hafal al-Quran
"Saya mengamalkan membaca al-Quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati al-Quran dan mengamalkannya.
"Bacaan berulang-ulang pula meningkatkan ingatan dan hafalan. Disyorkan membaca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insya- ALLAH boleh mencegah penyakit nyanyuk,” katanya.
2.Tenangkan fikiran dan atasi stres
"Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel-sel neuron, stesyen pemancar letrik dan synapses.
"Khususnya bahagian hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memperoses pemikiran.
"Saya cuba mengawal stres dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat apabila berpeluang di mana-mana dan bila-bila masa peluang.
"Sedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan-lahan melalui mulut. Ulanginya selama lima minit.
"Saya juga berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit sehari, setakat menanam sayur dan herba. Selain berpeluh, ia juga dapat beri ketenangan,” titipnya.
Baca juga: 5 tabiat rosakkan fungsi otak, no 2 paling ramai lakukan
3-Ketawa dan senyum selalu
"Jenaka mencetuskan pengeluaran hormon dopamine yang menimbulkan rasa riang dan ceria,” katanya.
4-Belajar bidang baru
"Proses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel-sel serta meningkatkan fungsi otak tanpa mengira usia tanpa mengira bidang apa pun.
"Untuk saya ilmu-ilmu agama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab, buku-buku dan bacaan di Internet,” katanya.
Dalam pada itu Dr Hamid berkongsi beliau menyukai hobi berkebun di kawasan tepi rumah.
"Ia sungguh menenangkan fikiran, membuatkan saya berpeluh serta meningkatkan tahap kesihatan,” titipnya.
Otak cerdas dan badan yang sihat menjamin fungsi minda yang maksimum. Semoga tip yang dikongsikan ini memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.
Baca juga: Intermittent fasting turunkan berat badan, cegah pelbagai penyakit. Boleh tingkatkan fungsi otak
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI