Pucat, letih mungkin anemia, kurang zat besi, ini makanan tambah darah

Iklan
anemia (1)

PUCAT sering letih adalah antara petanda anak mengalami anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Ambil langkah awal memberikan makanan untuk menambah darah.

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Ia juga salah satu petanda kekurangan zat besi.

Iklan
Iklan

Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Menurut MyHealth, terdapat pelbagai jenis anemia. Antaranya ialah anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi yang banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Iklan

Anemia akibat kekurangan zat besi terjadi apabila tubuh kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah.

Iklan

Hal ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan.

Baca juga: Selalu emosi, cepat letih, luka lambat sembuh antara 7 tanda tubuh tidak cukup protein

 

Apa yang menyebabkan kurang zat besi?

Terdapat beberapa sebab kekurangan zat besi dalam badan iaitu :

  • Kehilangan darah
  • Kurang bekalan zat besi dalam badan
  • Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi

Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Bayi dan kanak–kanak yang mempunyai risiko yang tinggi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :

  1. Bayi yang dilahirkan pramatang (awal tiga  minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (