WANITA tak digalakkan meminum kopi kerana pengambilan yang berlebihan membawa kemudaratan bahaya seperti sukar hamil dan tulang reput.
Ya, bila sebut sahaja pasal kopi, sudah terbayang keharuman dan keenakannya, bukan?
Ramai yang suka minuman beraroma itu, namun, apa terjadi atau kesannya jika pengambilan berterusan dan berlebihan?
Namun begitu pengambilan kopi yang berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik.
Terutamanya buat golongan wanita. Tak kisahlah kopi apa pun, black, latte, cappuccino, americano, espresso, macchiato atau mocha, yang penting jangan berlebihan.
Melihat dari sudut perubatan, terdapat lima kesan buruk jika kopi diambil secara berlebihan oleh wanita, antaranya;
1. Menyebabkan rasa panik dan cemas
Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi.
Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ini. Selain itu ia menyebabkan rasa cemas, panik dan mudah ‘naik angin’ walaupun berhadapan dengan masalah kecil.
Baca juga Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI