BAGI sesetengah individu, kopi bukan hanya setakat minuman harian, ia menjadi pelengkap gaya hidup.

Kopi juga mampu memberikan kesegaran dan mengatasi rasa mengantuk buat penggemarnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun, bolehkah minuman itu diambil oleh ibu mengandung? Apakah kesannya kepada peminat kopi yang sedang hamil.

Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, ia membahayakan kehamilan jika terlalu kerap.

“Sepertimana yang kita ketahui, kopi mengandungi kafein. Inilah yang boleh membahayakan kehamilan jika sekiranya seorang ibu yang sedang hamil minum kopi ketika hamil dengan terlalu kerap.

“Kopi bersifat asid, oleh itu menyebabkan mudah rasa loya dan muntah.

Baca juga 500 juta sisa sel kulit tertinggal pada bantal. Kepada yang ada ‘bantal busuk’, tindakan segera perlu dilakukan

“Kafein juga merupakan bahan perangsang dan diuretik (penyebab mudah rasa mahu kencing kerana pundi kencing cepat penuh),” kongsinya di Facebook.

Ujar Dr Zubaidi, lebih elok pengambilan kopi selepas ambil sedikit makanan.

“Pengambilan kopi haruslah dihadkan kepada satu atau dua cawan kopi sehari. Dos kafein yang dicadangkan adalah kurang dari 200mg,” ujarnya.

Minyak zaitun terbaik! Ini makanan tambahan sihat ibu hamil

Katanya, pengambilan kopi yang terlalu banyak boleh memudarat ibu yang sedang hamil, antaranya;

1. Mengalami insomnia iaitu sukar untuk tidur. Elakkan kopi selepas pukul 6 petang.

Iklan

2. Mengganggu penghadaman kerana kopi bersifat asid.

3. Mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil.

Iklan

4. Mengalami sakit kepala.

5. Mengalami anemia kerana kafein menghalang penyerapan zat besi.

6. Mengalami keguguran di awal kehamilan.

Baca juga Masalah juling beri impak psikologi kepada kanak-kanak. Selain murung, pembelajaran mereka boleh terjejas teruk

7. Menyebabkan kelahiran pramatang.

8. Kafein boleh melintas masuk ke dalam uri boleh memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahim. Ini sekali gus menyebabkan janin akan terus terjaga.

Jadi, nasihat Dr Zubaidi, elakkanlah pengambilan kopi (kafein) ketika sedang hamil.

Semoga bermanfaat.