Bil RM10,000 Aeril Zafrel makan di restoran Salt Bae, netizen samakan hantaran

Iklan
aeril (2)

BIL makanan dan minuman mencecah RM10,000 yang dikongsikan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel meraih perhatian warga maya yang menyamakan jumlah berkenaan dengan wang hantaran.

Kata orang, bab makan jangan berkira. Ada yang sanggup keluarkan sejumlah wang semata-mata untuk makan atau menjamu orang lain.

Iklan
Iklan

Seperti Aeril Zafrel yang baru-baru ini dilihat menikmati hidangan di restoran terkenal milik Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai Salt Bae yang sedia diketahui ramai menawarkan harga tinggi.

Iklan

Nusr-Et ialah restoran ‘fine dining’ yang menawarkan hidangan berasaskan daging dalam suasana menarik. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Salt Bae di restoran, maka ia bertambah eksklusif.

Menerusi kemas kini laman sosial Instagram, Aeril dilihat bersama isteri, Wawa Zainal dan rakan-rakan menikmati hidangan stik di Nusr-Et London.

Iklan

Lebih menarik, kedatangan Aeril dan rakan-rakan disambut meriah oleh Salt Bae.

Pada akhir video, pelakon filem Budak Pailang itu berkongsi jumlah bil hidangan yang dipesan.

Keseluruhan hidangan Aeril dan rakan-rakan dicaj RM10,065.54.

"Itulah, lepas ni kalau nak makan kena tengok harga dulu,” titipnya.

Warga maya rata-rata teruja dengan jumlah bil berkenaan dan berseloroh mengatakan ia menyamai jumlah wang hantaran perkahwinan masyarakat kita dan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-"Duit hantaran kahwin.”

-"Pejam mata jelah 10K tu.”

-"Teringin gak nak cuba tapi mak ai harga seketul duit KWSP.”

-"Masya-ALLAH pitam tengok harga, ni nak cuci pinggan 10 tahun pun belum tentu habis bayar.”

-"Menangis tengok harga.”

Aeril dan isteri, Wawa Zainal adalah pasangan usahawan yang berjaya mengusahakan jenama kosmetik. Ibu pejabatnya di Bandar Baru Bangi dianggarkan bernilai RM5.2 juta.

Baca juga: Miliki 23 adik-beradik, hidup susah, Wawa Zainal menitiskan air mata imbas jatuh bangun hidup

Baca juga: Biarkan Wawa urus duit bisnes, Aeril mengaku tak pandai ‘transfer’ wang syarikat