PELAKON, Wawa Zainal tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Kini aktres kelahiran Sabah itu sedang meniti kejayaan dalam perniagaan.

Kini menerajui Wawa Cosmetics dan diselimuti kemewahan, perjalanan Wawa untuk mencapai apa yang dimilikinya pada hari ini bukanlah mudah.

Menerusi sebuah video yang tular, Wawa Zainal berkongsi tentang perjalanan hidupnya untuk mengubah nasib diri.

Wawa menceritakan dia bukan daripada keluarga yang senang dan berada. Latar belakang keluarganya yang besar terdiri daripada 23 orang adik beradik.

Baca juga: “Selamat tinggal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan…” Peminat sebak baca coretan jatuh bangun pengasas Didi & Friends

“Hidup saya sangat susah. Kalau dapat makan lauk ayam tu sudah sangat special bagi kami,” kata Wawa dalam sebak.

Tutur Wawa, kehidupannya dahulu sangat susah sehingga diceritakan terpaksa berkongsi sebiji telur dengan adik-beradik.

Tekad mengubah nasib, wanita cekal itu terdetik untuk menceburkan diri dengan menghantar butiran diri ke sebuah produksi.

“Meronta-ronta ingin keluar dari kesusahan, selepas SPM saya cuba menghantar gambar ke sebuah produksi dan Alhamdulillah mereka menerima saya.

“Ketika itu saya berhijrah ke Kuala Lumpur, tak ada duit pun. Kemudian saya mula berlakon,” kata Wawa.

@ril_glamrs #wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyppp #fyp ♬ original sound – ril_glamrs

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga maya. Rata-rata tersentuh mendengar kisah kesusahan yang pernah dialami Wawa satu ketika dahulu.

Iklan

“ALLAH pilih kamu jadi kaya untuk bantu 22 adik beradik yang lain. Semoga dipermudahkan Wawa.”

“Wawa ini memag hebat, dia tak lupa asal usul dia. Orang kata renung bintang di langit jangan lupa rumput di bumi.”

“Itulah punca rezekinya murah, berkat kesabaran dan usahanya sendiri.”

“Orang pernah hidup susah sahaja yang faham, sebiji telur bahagi tiga orang.”

“Terima kasih Wawa berikan inspirasi. Tabik spring.”

Iklan

“No wonder Wawa down to earth, sangat merendah diri.”Baca juga: Taylor Swift terima ijazah kehormat

Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI