CUCU pertama pelakon dan pengacara Sheila Rusly. Puteri kepada pelakon Elisya Sandha dan Uzair Haqimy menyerikan keluarga kecil mereka.
Bukan sahaja Sheila, suaminya Jinggo turut menzahirkan kegembiraan diatas kelahiran puteri yang dinamakan Bunga Elhaq itu.
Sheila berkongsi perkhabaran kelahiran Bunga Elhaq menerusi perkongsian video yang memaparkan tangan si kecil.
Baca juga: Elisya Sandha selamat bersalin, Sheila Rusly timang cucu sulung
Tidak hanya Sheila, suaminya Jinggo turut menitipkan pesanan buat anak mereka Uzair Haqimy, 26 agar menjadi bapa yang baik sempena kelahiran Bunga Elhaq yang hampir dengan sambutan Hari Bapa 19 Jun lalu.
"Ini pesan papa pada you. Keluarga kita tak besar. Tapi jangan sampai jadi lebih keciil.
"Keluarga kita kena bersatu. Adik beradik tidak boleh berhasad dengki antara satu. Keluarga kita kena bersatu. Adik beradik wajib bantu membantu bukan menjatuhkan antara satu…
"Bersempena hari bersejarah you bergelar Ayah, papa serahkan amanah yang papa tanggung dari arwah Atuk. Daripada dia ada hingga sudah tiada untuk you sambung dan tanggung kerana you adalah pewaris keturunan kita selepas papa. Jagalah yang satu itu.Happy fathers day son… Jadilah seorang ayah yang baik @uzairhaqimy69,” titip Jinggo di Instagram.
Baca juga: Tarikh pernikahan diawalkan, Elisha Sandha kini selamat bergelar isteri
Menerusi perkongsian, Uzair Haqimy turut meluahkan kesyukuran atas kelahiran permata hati.
"Bunga Elhaq Binti Uzair Haqimy. My wife and I really appreciate all the kind words and prayers. Alhamdullillah terlahir lah anak sulung kami, syukur Ya ALLAH.
"Cun cun pulak Father’s Day hari ini, terus dapat title father lah for 2022 . I would also like to wish two of my fathers, Papa and Daddy a Happy Father’s Day! Tanpa mereka siapa lah kami.
"Aku bersyukur Ya ALLAH dengan rezeki yang tidak mampu ku nilai ini. Alhamdullillah muka Bunga nanti kita belanja ye sekarang sipi sipi je boleh,” titip Uzair.
Elisya, 22, dan Uzair Haqimy, 26, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Baca juga:"Sudah sudahlah... arwah bukan lagu untuk didendang"
Sumber: Instagram jinggo_jspictures, sheilarusly_jspictures, uzairhaqimy69
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.