Tahap kanser ovari hanya diketahui selepas jalani pembedahan. Wanita kena peka dengan simptom!

Iklan
feature kanser ovari ovari

TAHAP kanser ovari hanya diketahui selepas pembedahan. Wanita kena peka dengan simptom!

Itu fakta yang dikongsikan oleh beberapa sumber perubatan mengenai kanser berkenaan.

Iklan
Iklan

Ya, selepas pemergian selebriti terkenal negara, Adibah Noor dikaitkan dengan kanser ovari, ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Iklan

Justeru, SinarPlus merujuk beberapa sumber sahih yang mengulas tentang kanser ke-4 tertinggi yang dideritai oleh kaum wanita di negara ini.

Berdasarkan statistik American Cancer Society (ACS) pula, setakat pertengahan bulan ini, kira-kira 19,000 wanita baru didiagnosis, sementara lebih 12,000 orang diramal akan meninggal dunia akibat kanser jenis itu di Amerika Syarikat.

Iklan

Jangka hayat seseorang untuk meninggal dunia akibat barah berkenaan adalah satu dalam 108 orang, kongsi ACS.

Seperkara yang perlu difahami, kanser ovari lebih cenderung berlaku ke atas kauh Hawa yang lebih berusia. Hampir separuh didiagnosis berumur 63 tahun.

Namun, menurut MyHealth, krisis kesihatan itu juga boleh menimpa kepada remaja yang berusia lebih kurang 20 tahun.

Selain ciri-ciri yang dinyatakan, sumber perubatan lokal itu turut menyenaraikan kategori individu yang boleh mendapat kanser ovari. Mereka terdiri daripada:

i) Wanita yang mempunyai ibu atau adik beradik yang menghidapi kanser tersebut.

ii) Boleh berlaku ke atas mereka yang sudah mencapai akil baligh awal dan lewat menopaus.

iii) Wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan).

iv) Wanita yang hamil pada lewat usia.

v) Individu yang memiliki darah A juga dikaitkan dengan kanser ovari.

Sementara itu, Pegawai Perubatan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Dr Redza Zainol berkata, kaum Hawa yang merokok juga berkecenderungan mendapat penyakit berkenaan.

BACA JUGA: (DALAM KENANGAN) Adibah Noor, kau terlalu istimewa...

BACA JUGA: Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi

BACA JUGA: "Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong." - Tweet terakhir Adibah Noor

Rawatan kanser tahap 4

Dalam pada itu, Cancer Research United Kingdom berkata, lazimnya doktor mungkin tidak dapat memberitahu tahap kanser seseorang dengan tepat sehinggalah penghidap menjalani pembedahan.

Pakar kemudian akan menggunakan sistem peringkat 1 hingga 4 untuk menggambarkan sejauhmana tahap barah berkembang. Berikut keterangannya:

Peringkat 1: Ini menunjukkan kanser hanya berada di dalam ovari. Pembedahan adalah rawatan utama. Namun, sesetengah wanita memerlukan kemoterapi.

Peringkat 2: Kanser telah tumbuh di luar ovari atau dalam ovari dan berkembang di kawasan yang dilingkari oleh tulang pinggul (pelvis). Mungkin juga terdapat sel kanser di dalam perut.

Peringkat ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

Kumpulan 2a: Kanser telah berkembang ke dalam tiub fallopio atau rahim.

Kumpulan 2b: Kanser telah berkembang menjadi tisu lain dalam pelvis, contohnya pundi kencing atau rektum.

Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke lapisan rongga perut (peritoneum). Ia juga boleh tersebar ke nodus limfa pada bahagian belakang perut.

Peringkat 4: Ini bermakna kanser telah 'menjalar' ke organ badan lain yang agak jauh dari ovari seperti hati atau paru-paru.

Peringkat ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:

Kumpulan 4a: Kanser telah menyebabkan pengumpulan cecair di dalam lapisan paru-paru yang dipanggil sebagai pleural effusion.

Kumpulan 4b: Kanser telah merebak ke bahagian dalam hati atau limpa; nodus limfa di luar perut dan organ lain seperti paru-paru.

Berkenaan dengan rawatan, SinarPlus merujuk penulisan Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Ujar CDC, biasanya ia melibatkan gabungan pembedahan yang memerlukan pakar membuang tisu kanser dan proses kemoterapi.

Sementara itu, MyHealth berkata, rawatan radioterapi ada digunakan untuk kanser ovari jenis sel-sel germa pada peringkat awal.

Pun demikian, ia tidak diimplemenkan dengan meluas dalam kanser ovari yang lain kerana kurang berkesan, di samping mempunyai kesan sampingan yang teruk.

Antaranya boleh merosakkan organ-organ penting seseorang seperti hati, buah pinggang serta usus kecil dan usus besar.

Seandainya pesakit sudah didiagnos berada pada peringkat 4, apa pendekatan yang akan diberikan pakar atau sudah terlambat untuk melakukan sesuatu?

Bagi menjawab persoalan itu, Medical News Today mempunyai jawapan yang konkrit.

Kata mereka, apabila berada pada tahap tersebut, kanser sudah dapat dikesan berada di luar kawasan primer dan situasi itu disebut sebagai cancer metastatic.

"Rawatannya adalah bergantung kepada keperluan seseorang dan biasanya bermula dengan kemoterapi untuk mengecutkan kanser, disusuli dengan pembedahan. Sebagai alternatif, doktor boleh memilih pembedahan sebagai kaedah rawatan pertama diikuti dengan kemoterapi selepas itu.

"Kadangkala, doktor mungkin mengesyorkan agar menggabungkan rawatan daripada kategori yang berbeza. Sebagai contoh, mereka mungkin mencadangkan gabungan terapi disasarkan dengan (kaedah) imunoterapi," kata Medical News Today.

Imunoterapi antara lain membantu sistem kekebalan tubuh lebih peka dan kuat melawan sel kanser.

Menjadi satu hal yang membimbangkan apabila kanser kembali hadir selepas rawatan intensif telah dilaksanakan.

Barangkali ia boleh berlaku selepas beberapa bulan atau bertahun-tahun.

Seandainya hal berkenaan berlaku, Cancer Research United Kingdom berkata, ubat antikanser (kemoterapi) akan diberikan dan kemungkinan pesakit akan menjalani semula pembedahan termasuk pemberian ubatan yang disasarkan.

"Matlamat rawatan untuk kanser ovari berulang biasanya untuk mengecutkan sekali lagi sel kanser.

"Dari sudut lain, doktor mungkin memutuskan untuk menunggu sehingga pesakit mengalami gejala sebelum memulakan prosedur. Rawatan boleh mengawal gejala dan membantu pesakit berasa lebih baik dan hidup lebih lama," kongsi Cancer Research United Kingdom.

BACA JUGA: "Dia sakit tidak seorang pun yang tahu," - Pemergian Adibah Noor beri pengajaran buat Ustaz Kazim

BACA JUGA: Ramai tidak tahu Adibah Noor bekas guru Bahasa Inggeris, kongsi 6 tip cepat mahir

BACA JUGA: #SiBibirMerah: Kebaikan tidak diceritakan, Adibah membantu ketika PKP, pernah jual rumah, pajak barang kemas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.