AKTOR Mubarak Majid meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.
Kemenangan Mubarak turut dikongsikan di laman sosial Instagram miliknya.
"Syukur, Alhamdulillah,” titip Mubarak.
Baca juga: Fattah Amin terkejut dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di WFC Singapura
Difahamkan, Buffalo Orange Production Sdn.Bhd melalui kemaskini Facebook berkongsi filem pendek berkenaan turut memenangi tempat ketiga kategori Filem Antarabangsa.
Filem yang diarahkan Jaemin Park itu turut dibintangi Shii Elsa dan Syafiq Dharma.
Mubarak, 64, tidak asing lagi dengan kepelbagaian watak. Sepanjang menceburkan diri dalam kerjaya seni, dia telah membintangi lebih 100 buah drama dan tiga buah filem termasuk yang terbaru, Mat Kilau.
Baca juga: Roh Filem Terbaik FFM31, bawa pulang lima anugerah lain
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.