Roh Filem Terbaik FFM31, bawa pulang lima anugerah lain

Untitled design (95)
Untitled design (95)
A
A
A

FILEM arahan Emir Ezwan, Roh dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd ini menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 beserta trofi.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa, diiringi Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid; dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Md Nasir Ibrahim.

Filem bergenre seram itu turut menggondol lima anugerah lain iaitu Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M Lojong), Rekaan Busana Terbaik (Tengku Syahmi) dan Skor Muzik Terbaik (Reinchez Ng).

Dalam pada itu, pencabar terdekat Roh iaitu filem Sangkar memenangi lima kategori menerusi Pengarah Terbaik, Kabir Bhatia; Zul Ariffin (Pelakon Lelaki Terbaik), Remy Ishak (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Tatarias Terbaik (Ella Sandera) dan Penataan Seni Terbaik (Nazrul Asraff Mahzan).

Heroin The Garden of Evening Mists, Sinjee Lee pula dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik dan filem berkenaan turut memenangi dua kategori iaitu Cerita Asal Terbaik dan Kesan Khas Visual Terbaik.

Sebanyak 55 buah filem merebut tempat terbaik dalam 28 kategori dipertandingkan. Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Malam kemuncak FFM31 yang bertemakan Citra Sinema dianjurkan Finas dengan sokongan KKMM manakala Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bertindak selaku rakan strategik Finas mempromosikan FFM31.

FFM31 dikendalikan hos Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah, diserikan lagi dengan persembahan Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Datuk Syafinaz Selamat, Muss dan Ella.

Berikut adalah keputusan penuh FFM31 :

  1. Sinematografi Terbaik - Low Soon Keong (Fly By Night)
  2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Puteri Qaseh (Roh)
  3. Lagu Tema Terbaik - Ayuhlah (Suatu Ketika)
  4. Penyunting Terbaik -              Heng Yin Chau (Fly By Night)
  5. Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi (Wira)
  6. Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani (Headhunter)
  7. Pengarah Harapan - Zahir Omar (Fly By Night)
  8. Cerita Asal Terbaik - Tam Twan Eng (The Garden of Evening Mists)
  9. Lakon Layar Terbaik - Emir Ezwan (Roh)
  10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir - Datuk Seri Dr Ahmad Nawab
  11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Fauziah Nawi
  12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong (Roh)            
  13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak (Sangkar)
  14. Film Box-Office - Ejen Ali The Movie
  15. Poster Terbaik - Walk With Me (Christoper Chua Eng Hui)
  16. Kesan Khas Visual Terbaik - VHQ Post (M) Sdn Bhd (The Garden of Evening Mists)
  17. Tatarias Terbaik - Ella Sandera (Sangkar)
  18. Rekaan Busana Terbaik - Tengku Syahmi (Roh)
  19. Skor Muzik Terbaik - Reinchez Ng (Roh)
  20. Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
  21. Penataan Bunyi Terbaik - Ejen Ali The Movie
  22. Anugerah Khas Juri 1 - Suatu Ketika (Kash Picture Sdn Bhd)
  23. Anugerah Khas Juri 2 - Geran (Layar Pictures Sdn Bhd)
  24. Anugerah Khas Juri 3 - Headhunter (Indera Asahan Sdn Bhd)
  25. Pelakon Wanita Terbaik - Sinjee Lee (The Garden of Evening Mists)
  26. Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Sangkar)
  27. Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia (Sangkar)
  28. Filem Terbaik - Roh (Emir Ezwan)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca