BAYARAN Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 akan dibuat mulai 27 Jun ini.
Sudah pastinya akan mengembirakan ramai orang apabila kerajaan menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran BKM Fasa 2 akan dibuat bermula 27 Jun 2022.
Ia juga berita yang ditunggu-tunggu berikutan peningkatan harga barangan keperluan seperti ayam dan minyak masak yang pastinya akan membebankan pengguna terutamanya golongan isi rumah berpendapatan rendah.
Jadi orang ramai yang layak untuk BKM ini, anda boleh semak status kelulusan dan bayaran mulai tarikh tersebut di pautan bkm.hasil.gov.my.
Bukan itu sahaja, melalui sidang media khas baru-baru ini, Ismail juga mengumumkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.
Tambahan bantuan tersebut dibuat berikutan cabaran kos sara hidup dan juga kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini.
Bayaran tambahan terbabit akan dibuat bersama dengan bayaran BKM Fasa 2 itu.
Baca juga #SiBibirMerah: Ayam, minyak, telur tiada lagi subsidi 1 Julai, bertabahlah mak-mak
Semakan status BKM Fasa 2
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM;
1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
2. Klik [LOG MASUK BKM].
3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
Baca juga MyDebit Cash Out dikenakan caj 50 sen bermula 1 Julai? Sedia pilihan lain
5. Klik Menu [Semakan Status]. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini. Status permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
6. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
Walaupun jumlah penambahan bayaran BKM Fasa 2 antara RM50 dan RM100, sudah pasti ia amat bermakna bagi kebanyakkan penerima.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.