MYDEBIT Cash Out, satu kaedah paling mudah dan pilihan orang ramai kini untuk berurusan membeli.

Kini Alliance Bank telah membuat pengumuman bahawa yuran Pengeluaran Tunai MyDebit akan dikenakan caj 50 sen bagi setiap transaksi keluar tunai bagi setiap pemegang kad MyDebit bermula 1 Julai 2022.

Ia juga menyatakan bahawa pengeluaran wang tunai digunakan untuk peniaga dan peruncit terpilih.

Ciri MyDebit Cash Out merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus melalui kaunter pembelian barangan tanpa perlu ke ATM untuk tujuan pengeluaran.

Selain itu, bank-bank lain seperti CIMB, HSBC, Bank Islam, OSBC dan Standard Charted turut ikut serta dalam perubahan tersebut.

Walaupun bagaimanapun, PayNet yang merupakan penyedia MyDebit Cash Out masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal tersebut.

Banyak bank lain yang menerima MyDebit Cash Out seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain tidak membuat pengumuman atas sebab tertentu tetapi pengeluaran tunai masih akan dikenakan yuran 50 sen.

MyDebit Cash Out membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang daripada peniaga atau peruncit terpilih secara langsung untuk membeli barangan dan produk.

Pun begitu, perkhidmatan PayNet yang lain seperti DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.

Jadi, bolehlah orang ramai berubah kaedah jika ingin lebih penjimatan dengan membuat pilihan menggunakan DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank.

Baca juga Ini cara carum, tuntut SKSPS PERKESO, individu bekerja sendiri wajib tahu

MyDebit Cash Out dikenakan caj 50 sen bermula 1 Julai? Sedia pilihan lain

Sementara itu, ini yang perlu anda tahu mengenari perkhdimatan DuitNow

1. DuitNow merupakan perkhidmatan perbankan baru yang memudahkan pengguna membuat pindaan wang kepada seseorang dan tidak terikat kepada penggunaan nombor akaun bank semata-mata.

2. Melalui DuitNow, seseorang boleh memautkan nombor telefon, nombor kad pengenalan (MyKad), atau nombor passport (untuk bukan warganegara) ke akaun bank mereka.

Iklan

3. Selepas memautkannya, pengguna boleh menerima pembayaran ke akaun mereka terus menggunakan sebarang nombor berkenaan. Langkah ini sekali gus akan memudahkan beberapa proses pembayaran.

4. Sebagai contoh, melalui demo yang diperlihatkan pihak CIMB kepada kami untuk penggunaan DuitNow, pengguna boleh memasukkan nombor akaun penerima duit dengan hanya memilihnya daripada senarai buku alamat nombor telefon dan melakukan pembayaran. Ia memudahkan pembayaran dilakukan pada peranti mudah-alih.

5. Selain itu, penggunaan DuitNow juga akan memudahkan syarikat atau agensi kerajaan untuk membayar terus ke MyKad anda. Sebagai contoh, majikan boleh membayar terus ke nombor MyKad, dan tidak lagi perlu sukar meminta nombor akaun bank dan sebagainya daripada pekerja mereka. Hal sama juga untuk kerajaan melakukan sesuatu pembayaran terus kepada rakyat, dan memudahkan simpanan rekod.

Baca juga Maybank MAE kini boleh keluarkan duit tanpa kad, sentuh ATM, hanya imbas Kod QR

6. Pada masa yang sama, DuitNow turut menyokong akaun perbankan syarikat. Ini bermakna, syarikat boleh memautkan akaun pendaftaran syarikat mereka ke akaun bank dan seterusnya menerima pembayaran yang dibuat ke akaun pendaftaran syarikat mereka. Ini juga mungkin meningkatkan kadar keyakinan seseorang pembeli terhadap sesuatu syarikat berkenaan.

Iklan

7. Secara keseluruhan, DuitNow ini dilihat sebagai langkah PayNet untuk memudahkan pengguna mengingati maklumat penerima pembayaran.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tech Nave, Amanz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.