Muncul live di TV buat ramai sebak, Instagram Rossa Sera 'diserbu'

Iklan
Muncul live di TV buat ramai sebak, Instagram Rossa Sera 'diserbu'

MUNCUL secara langsung di program rancangan popular, Meletop semalam membuatkan ramai penonton menitis air mata.

Itu yang terjadi apabila melihat apa yang dilalui isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi di sebalik konflik rumah tangganya.

Iklan
Iklan

Kongsi Rossalennah atau mesra dikenali sebagai Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir tidak lama lagi.

Menerusi temubual bersama dua pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad, Sera kelihatan sangat sedih ketika menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Iklan

Ujarnya, sebelum ini dia mampu memaafkan kesemua kesalahan Shuk kerana berfikir mengenai anak-anak. Namun, tidak untuk kali ini.

"Saya rasa sakit kali ini sekiranya memaafkan dia. Saya rasa tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan macam itu.

Iklan

"Kami dah berbincang untuk ambil keputusan apa selepas ini. Saya memang akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan. Mengenai kami mungkin cukup sampai di sini," ujarnya.

Baca juga  SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.