DI sebalik konflik rumah tanggan yang berlaku, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah tetap kekal positif dan kuat.

Kongsi Rossalennah atau mesra dikenali sebagai Sera, apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan demi dua cahaya mata mereka iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.

“No matter what happen, life must be go on (apa pun terjadi hidup perlu diteruskan) sebab ada dua anak lagi Sera nak kena tanggung.

“I am a strong women because a strong women raised me (saya wanita yang kuat sebab dibesarkan oleh wanita yang kuat),” tulisnya ringkas.

Pergolakan rumah tangga Shuk kembali hangat diperkatakan dalam laman sosial setelah Sera mendakwa suaminya curang sekali lagi.

Iklan

Menerusi beberapa entri yang dimuat naik di Instagram (IG), Sera mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita sama yang dikaitkan dengan Shuk Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama enam tahun, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di  Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Iklan

Sementara itu, Shuk sehingga kini tidak memberi apa-apa ulasan mengenai kontroversi rumah tangganya termasuk penggantungan tugas sebagai penyampai radio Hot FM.