Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

Iklan
Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau

PANJANG umurnya! Syukur si kecil yang jatuh tercicir ke jalan raya ketika ibu sedang memandu kereta selamat dari kecelakaan.

Kemalangan dan kecelakaan boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila masa. Tiada siapa yang dapat lari dari situasi itu.

Iklan
Iklan

Namun kita perlulah sentiasa lebih berhati-hati lebih-lebih lagi apabila di jalan raya dan membawa anak kecil bersama.

Seperti yang terjadi baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah video rakaman dashcam sewaktu memandu membuat ramai seriau dan terkejut.

Iklan

Menerusi perkongsian @Aishah Lokman, dilihat sebuah kereta Produa Myvi berwarna hitam sedang membuat pusingan U.

Kejadian dipercayai berlaku di pusingan U di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Iklan

Namun apa yang mengejutkan adalah tiba-tiba seorang bayi di dalam kereta tersebut terjatuh keluar dan kelihatan meniarap di atas jalan raya.

"Bayi tercicir atas jalan... Masya-ALLAH... mujurlah tak digilis kereta atau motosikal," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam vide tersebut dapat juga dilihat, pemilik video turut bergegas keluar mengambil bayi itu malah ada juga seorang penunggang motosikal yang berhenti membantu.

Kelihatan ibu kepada anak kecil itu dengan panik berlari mengambil anaknya dan berterima kasih kepada orang awam yang membantu.

Baca juga Elak bawa ke pawagam, doktor dedah 4 risiko terhadap kesihatan bayi

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed dalam satu kenyataan, berikut kejadian yang berlaku;

1. Pihaknya telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial semalam berdurasi satu minit 37 saat yang memaparkan kejadian tersebut.

2. Rakaman terbabit memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai perempuan telah tercampak keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi ketika kenderaan terbabit membuat pusingan U.

3. Seorang lelaki telah membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan sebelum diserahkan kepada seorang wanita dipercayai ibu mangsa.

4. Kejadian akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang bertanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak didapati menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

5. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya cemas dan serius melihat insiden tersebut malah bersyukur tidak berlaku apa-apa perkara yang serius.

Bukan itu sahaja, mereka juga meminta agar semua penjaga menggunakan kerusi keselamatan (car seat) bagi menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika menaiki kenderaan.

Baca juga Kerusi keselamatan kanak-kanak: JPJ tunggu ‘lampu hijau’

Kebaikan menggunakan car seat;

1. Mudahkan ibu atau bapa sewaktu memandu seorang diri.

Memandu memerlukan tumpuan yang penuh dan teliti terhadap jalan raya dan kenderaan lain.

Ini boleh mengurangkan risiko kemalangan kerana pemandu tidak menghadapi sebarang masalah semasa memandu.

2. Car seat juga boleh memastikan keselamatan kanak-kanak dengan berkesan berbanding dengan tali pinggang keledar.

3. Boleh mengurangkan risiko kecederaan yang serius pada kanak-kanak. Para ibu bapa haruslah memikirkan masa hadapan anak-anak mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.