Tiket ‘licin’ dalam masa 11 jam, Bunkface bukti masih utuh

Iklan
Untitled design (84)

Oleh Syamira Liana Nor Ashaha

BERTAHAN dan masih utuh selama 15 tahun dalam band punk rock, Bunkface membuktikan bahawa kewujudan mereka di arena muzik Malaysia ternyata memberi impak yang mendalam dan punyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhannya.

Iklan
Iklan

Kini band yang dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan Biak mahu meneruskan perjuangan mereka memperkasakan karya-karya pop alternatif dalam genre rock punk dan ternyata ia mendapat sambutan hangat setiap kali dilancarkan.

"Alhamdulillah, perjalanan kami selama 15 tahun dalam memartabatkan muzik punk rock tetap diterima ramai dan kami akan terus berjuang,” kata vokalis dan pemain gitar utama, Sam.

Iklan

Baca juga Gandingan luar biasa Sam Bunkface, Inteam dalam Mencari Sinar

Terbaharu, setelah dua tahun menyepi tanpa ada sebarang konsert akibat pandemik Covid-19, Bunkface kembali dengan Bunkface! 15 Years of Korang yang dianjurkan sendiri oleh syarikat rakaman mereka iaitu Bunkface Production bersama penganjur acara tempatan, Hitman Solutions.

Iklan

Bunkface! 15 Years Of Korang merupakan konsert untuk menyambut tahun ke-15 Bunkface sejak ditubuhkan pada 2005.

"Konsert ini juga mendapat sokongan daripada syarikat dagangan OctaFX yang hadir sebagai penaja utama.

"Selain itu, konsert ini juga mendapat sokongan pelbagai pihak seperti MyCreative Ventures, Penjana dan Waka, manakala Hot FM dan Fly FM bertindak sebagai rakan radio rasmi konsert ini.

"Tujuan utama konsert tersebut diadakan adalah untuk mempersembahkan lagu-lagu kami kepada peminat Bunkface yang juga dikenali sebagai Bunkers secara live bersama-sama mereka,” jelas Youk yang merupakan pemain bass Bunkface.

Tiket laris

Lebih membanggakan lagi, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Muhammad Baharom, 34, meluahkan rasa teruja dan terharu apabila tiket konsert mereka ‘licin’ dalam tempoh 11 jam sahaja.

"Saya tak menyangka tiket habis dengan begitu cepat sebab kami hanya promosi menerusi laman sosial dan tiada liputan media lagi mengenai konsert tersebut.

"Namun, kami dimaklumkan tiket konsert sudah habis terjual dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Baca juga 'Tengok konsert Siti Nurhaliza? Tak...' - Siti Nurhaliza tonton konsert Adele

Sementara itu, Youk menjelaskan pada malam konsert itu nanti, peminat-peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang sememangnya sinonim dengan Bunkface, a punk rock band performing a rock show bersama susunan muzik yang lebih segar.

"Kami harap semua peminat Bunkface boleh menyanyi bersama lagu-lagu kami ketika malam konsert.

"Malah, ada kejutan yang bakal dibawakan oleh kami,” ujarnya.

Pada malam konsert itu juga, Bunkface akan mempersembahkan single terbaharu mereka berjudul I Miss You ciptaan mereka sendiri sebagai apresiasi kepada peminat-peminat yang setia menyokong perjuangan mereka selama ini.

"Khas buat penonton konsert nanti, mereka berpeluang mendengar lagu terbaharu daripada kami secara eksklusif buat pertama kalinya yang belum dilancarkan di mana-mana platform lagi.

"Lagu ini menceritakan tentang perjalanan seni kami sejak ditubuhkan dengan terperinci tentang apa yang sebenarnya terjadi dan bagaimana.

"Diharap ia dapat mengubati kerinduan kami terhadap peminat-peminat yang setia dari hari pertama sehingga hari ini,” kata Pa’an.

Konsert Bunkface 15 Years Of Korang akan berlangsung di Zepp KL pada 30 dan 31 Julai ini. Kepada peminat Bunkface, tiket untuk hari kedua masih boleh dibeli di www.hitmanlive.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.