'Tengok konsert Siti Nurhaliza? Tak...' - Siti Nurhaliza tonton konsert Adele

SITI-AZIZAN
SITI-AZIZAN
A
A
A

PERCUTIAN penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza ke London nampaknya bukan hanya sekadar meluangkan masa bersama keluarga.

Sebaliknya, Siti atau kini mesra dengan panggilan TokTi bersama mentornya, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad serta Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat menyaksikan konsert penyanyi hebat, Adele di festival muzik British Summer Time Hyde Park.

"Tengok konsert bersama Doc (Azizan). Tengok konsert Siti Nurhaliza? Tak, tengok konsert bersama Siti Nurhaliza.

"Terima kasih Doc sebab beri pengalaman yang best sangat. Terima kasih Datuk J, Datin Wira, seronok sangat alhamdulillah thank you," ujarnya lagi yang dimuat naik dalam stories Instagram @ctdk.

Pada 14 Jun lalu, TokTi secara rasminya anak didik Azizan selepas menjadi Titan Premier - Partner (TPP) pertama dalam program permentoran terbaharu RichWorks.

Penyertaan beliau bagi mendapatkan ilmu, strategi dan panduan yang betul serta berkesan dalam membawa jenama SimplySiti ke peringkat lebih tinggi.

Bukan hanya berkongsi momen istimewa di konsert, TokTi juga sempat berkongsi momen menaiki beca di kota London selepas menyaksikan konsert berkenaan.

"Kita naik beca, ingat dekat Melaka saja ada beca, di London pun ada," tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca