KURANGKAN kecacingan buat anak kecil, ibu-ibu perlu ambil tahu khasiat betik dan bijinya.
Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya mempunyai rasa manis yang enak dengan bau seolah limau kasturi (musky) dan tekstur isinya yang lembut seperti mentega.
Buah itu juga dianggap eksotik yang kini boleh didapati di pasaran sepanjang tahun.
Walaupun terdapat puncak bermusim yang sedikit pada awal musim panas dan luruh, pokoknya menghasilkan buah sepanjang tahun.
Baca juga Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini
[caption id="attachment_35445" width="626"] BUAH[/caption]
Apabila memilih atau memakan betik, cari yang segar dengan kulit oren yang berwarna merah yang sentuhan lembut. Biasanya dipotong seperti melon, dibuang bijinya untuk dinikmati.
Pun begitu, menurut Dr Mazliana Mazlan, biji betik juga mengandungi khasiat untuk mengurangkan kecacingan kanak-kanak.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, biji betik bersifat antiparasit. Sangat bagus untuk anak-anak.
"Ajar anak makan betik sekali dengan biji tau. Biji betik boleh kurangkan kecacingan yang buat anak kita asyik tak senang duduk tu, tidur pun terganggu.
"Betik kena jadi buah favourite anak-anak. Buah tempatan, senang sangat nak dapat. Setengah biji buah betik, lagi tinggi kandungan vitamin C dalam sebiji buah oren.
"Sikit je makan biji tu. Sepotong dadu betik saiz 5 cm, bolehlah letak 1 biji betik. Rasa pahit pedas sikit. Memang tak biasa masa awal makan, rasa pelik. Tapi lama-lama akan terbiasa.
"Macam kita tak biasa makan biji jambu batu, biji delima, biji anggur. Bila dah tahu khasiat yang ada, mesti tak susah nak telan," ujarnya.
Selain tinggi vitamin C dan bersifat antiparasit, betik tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksida lain, seperti;
1. Vitamin A
2. Vitamin E
3. Fiber
4. Folic acid
5. Copper
6. Magnesium
7. Pottasium
8. Lycopene
Baca juga Jauhi makanan proses, ibu mengandung tak boleh tinggal buah
Selain itu, betik ada juga mengandungi enzim papain dan chymopapain, ia bagus untuk penghadaman dan kurangkan keradangan. Sebab itu selepas makan betik, tiada lagi masalah sembelit dan penghadaman.
"Kita biasakan anak dengan betik tau selepas ni. Seminggu sekali mesti beli untuk anak makan.
"Kalau dah ada simptom kecacingan, lagi lah korang kena cepat cari dan bagi anak makan betik sekali dengan bijinya.
"Kalau anak belum biasa dengan rasa betik, kisarkan dulu dan jadikan aiskrim. Masuklah juga biji betik, tambah madu sikit. Biar dia seronok makan aiskrim betik. Bila dah serasi lidah anak dengan rasa betik, pantang nampak nanti, asyik kena beli je. Macam ni yang kita nak kan," kongsi Dr Mazliana.
Kita cuba sama-sama ya. Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.