BAGI peminat filem Ketika Cinta Bertasbih pasti mengenali sosok tubuh, Ustazah Oki Setiana Dewi yang memegang watak sebagai Anna Althafunnisa.
Mendirikan rumah tangga dengan Ory Vitrio pada tahun 2013, pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata. Tidak sekadar popular di Indonesia, Ustazah Oki turut dikenali di Malaysia.
Kakak kepada selebriti terkenal Ria Ricis itu juga cukup dikagumi ramai terutama caranya memberikan ceramah dengan penuh sopan santun.
Terbaharu, nama beliau menjadi sebutan warga maya berikutan tidak pandai menggoreng telur dadar.
Rupa-rupanya Ustazah Oki memang tidak pandai memasak! Hal tersebut terbongkar usai adiknya, Ria berkunjung ke rumah kakaknya itu untuk rakaman video memasak di dapur.
Ketika ditanya mengenai berapa banyak garam yang digunakan untuk memasak telur dadar, Ria terkejut kerana kakaknya itu menjawab:"1 senduk garam”.
Mendengar jawapan yang diberikan itu salah, Ria sempat bergurau kononnya makanan berkenaan akan terlebih masin apabila dimasak kelak.
Bukan sahaja salah sukatan garam, bahkan Ustazah Oki juga gagal meneka jenis-jenis herba, antaranya kunyit dikatakan lengkuas. Rata-rata warga maya membuat telahan yang Ustazah Oki seolah-olah jarang masuk ke dapur.
Bagaimanapun, pelakon dan juga pendakwah itu jujur mengakui dirinya tidak mahir memasak dan 'kekurangan' tersebut sudah diketahui suaminya sebelum mereka bernikah lagi.
Baca lagi Ingin hasilkan telur dadar tampak lebih gebu dan besar? Mudah sahaja, inilah caranya...
Ekoran itu, timbul pelbagai komen daripada netizen yang mempertikai kekurangan tersebut. Tak kurang juga yang menyifatkan ia (kekurangan) bukanlah sesuatu hal yang teruk.
Hmmm...betul juga, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Tak semua perfect kan?
Sumber: Tiktok _halohaa & Ricis Official
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan