[VIDEO] Jaga aurat adik, Oki Setiana Dewi spontan naik ke pelamin betulkan gaun raih pujian warga maya

A
A
A

MAJLIS perkahwinan adik pelakon dan pendakwah, Oki Setiana Dewi iaitu Ria Ricis dan Teuku Ryan telah menjadi bualan ramai.

Masakan tidak, majlis berkenaan yang berlangsung 12 November lalu dikatakan menelan belanja mencecah jutaan ringgit dan berlangsung meriah.

Ketika majlis berlangsung di Hotel InterContinental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Oki dilihat memerhatikan dan memantau adiknya dari jauh.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan pengguna Tiktok @muhd..ahmad, Oki  secara spontan telah naik ke pelamin dipercayai untuk memperbetulkan gaun dipakai adiknya yang sedikit terselak.

“Wanita-wanita solehah seperti mereka, wanita yang dirindui syurga. Menjaga aurat adiknya,” - @muhd..ahmad

@muhd..ahmad masyaAllah tabarakallah ❤️#okisetianadewi#riaricis#teukuryantr♬ Khadijah - Veve Zulfikar

Tindakan Oki mendapat pujian warga maya yang rata-rata mengatakan betapa bertuah adik-adik Oki memiliki kakak sepertinya.

Malah ramai yang tersentuh melihat Oki sedaya upaya memastikan aurat adiknya terjaga.

"Bertuah siapa yang memiliki kakak sepertinya.."

'Miliki double PhD tetap tawaduk'

'Sejuk mata memandang'

 

Oki terdahulu pernah membintangi filem ‘Bila Cinta Bertasbih’ bersama aktor Kholidi Asadil Alam dan Deddy Mizwar.

Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata itu juga berjaya menggenggam PhD pada usia 31 tahun.

Baca juga: [VIDEO] Cara mohon dos penggalak untuk tunai umrah, ikuti 4 langkah mudah

Baca juga: Suami tanggung dosa apabila isteri enggan tutup aurat? Ini penjelasannya...

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Tiktok @muhd..ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca