Rupa macam cendawan biasa, namun jangan sampai termakan jenis beracun

Iklan
Untitled design - 2020-05-20T182319.543

MUSIM hujan ini memang banyak cendawan yang tumbuh di sekitar rumah bukan?

Jika dilihat rupa luarannya seperti cendawan-cendawan biasa berwarna suci bersih, seumpamanya ia kelihatan boleh dimakan.

Iklan
Iklan

Begitupun, Public Health Malaysia (PHM) berkongsi supaya berhati-hati dengan Cendawan Chlorophyllum Molybdites.

Keracunan Cendawan Chlorophyllum Molybdites yang berwarna putih dan sedikit tompokan kecil perang itu misalnya dikatakan antara yang berbahaya.

Iklan

Menurut PHM, terdapat lebih 5,000 spesis cendawan terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, hanya 10 peratus daripada jumlah tersebut yang boleh dimakan ya.

Kongsi PHM terdapat 157 kes keracunan cendawan dilaporkan di Pusat Racun Negara di antara tahun 2006 ke 2014 dengan majoriti kes melibatkan orang dewasa.

Iklan

"Kebiasaannya ia tumbuh secara bersendirian atau berpasangan di atas tanah di kawasan berumput.

"Gejala-gejala yang boleh dialami adalah berbeza daripada gejala ringan sehinggalah kepada gejala serius dan kematian," kongsi PHM di Facebooknya.

Baca juga: Muntah campur darah, cirit-birit sampai lembik lepas makan ‘cendawan busut’, wanita keracunan hingga dikejarkan ke hospital

Antara gejala yang boleh berlaku adalah:

1) Loya, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut. Gejala ini biasanya berlaku dalam masa tiga jam selepas pengambilan cendawan.

2) Cirit-birit mungkin berterusan dan mungkin menjadi berdarah.

Menurut PHM, keracunan cendawan ini sering terjadi kerana ia mirip sejenis cendawan yang boleh dimakan iaitu cendawan parasol (Lepiota procera).

"Menurut pakar agak sukar untuk orang awam membezakan antara cendawan yang beracun dan cendawan yang boleh dimakan.

"Warna cendawan, rupa bentuk dan bau bukan penentu kepada status racun cendawan, oleh itu berhati-hati," kongsinya.

Ujar PHM, antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan:

- Mengelakkan dari memetik dan makan cendawan yang tidak diketahui.

- Ketahui reputasi dan penjual cendawan

- Memasak cendawan dapat mengurangkan toksin cendawan, namun tidak dapat memusnahkan toksin 100 peratus.

- Elakkan makan cendawan secara mentah.

Bagaimana, anda peminat makan cendawan? Hati-hatilah! -AG #rantaiankasih