ANEH tetapi romantik. Itu yang boleh SinarPlus katakan tatkala membaca kisah sepasang pengantin di India yang menandatangani satu perjanjian praperkahwinan.
Menerusinya, mereka bersetuju untuk menetapkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Kontrak berbentuk ‘ikrar romantik' itu dipersetujui bersama oleh pasangan pengantin yang dikenali sebagai Shanti dan Mintu, lapor Mirror UK.
Baca ni: Pengantin Indonesia gayakan busana versi Malaysia raih perhatian, dipuji ramai
Apa yang menarik perhatian, beberapa isi kandungannya yang ada tidak masuk dek akal.
Antaranya, mereka berdua hanya dibenarkan makan pizza sebulan sekali dan pergi ke gimnasium setiap hari.
PAKAI SAREE SETIAP HARI
Syarat lain adalah pasangan itu boleh berpesta hingga lewat malam, tetapi hanya satu sama yang lain sahaja.
Shanti dan Mintu difahamkan mengikat tali pertunangan di Assam, India, pada 9 Julai lalu.
Menerusi rakaman video yang diambil, mereka menulis nama masing-masing pada sekeping kadbod besar dengan perkataan 'kontrak' tertulis di bahagian atas.
Syarat-syarat yang dinyatakan tadi tidak terhenti setakat di situ sahaja. Ada lagi yang disenaraikan.
Shanti mahupun Mintu juga harus sentiasa berkata ya kepada hidangan tradisional India yang dipanggil ghar ka khana.
Bahkan, kedua-duanya juga berjanji untuk memakai saree setiap hari dan bersarapan pada pagi Ahad dengan tum banaogay.
PERJANJIAN TIDAK SAH
Mirror menerusi laporannya memberitahu, pengantin perempuan yang mencipta kontrak tersebut dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Pun demikian, perjanjian pra-perkahwinan itu tidak sah di India.
Ini kerana undang-undang tidak menganggap perkahwinan sebagai kontrak, tetapi sesetengah keluarga masih menggunapakai kaedah itu.
Perjanjian itu dilihat lebih bermatlamatkan untuk memberi penjelasan kepada isteri tentang apa yang bakal diterimanya kelak jika berlaku perceraian.
[caption id="attachment_34123" width="800"] Gambar sekadar hiasan.[/caption]
Begitupun, dalam kes Shanti dan Mintu, pendekatan mereka (kontrak) kelihatan lebih kepada permuafakatan di antara pasangan itu mengenai diet, gaya hidup dan pakaian.
Hmmm...macam-macam kan?
Sumber dan foto: Mirror
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.