PENGANTIN baharu pasti teruja dalam menyediakan kelengkapan perkahwinan agar majlis sempurna dan berjalan lancar.

Penyediaan untuk majlis pernikahan tidak boleh dipandang remeh agar majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

Antara persediaan yang harus dititikberatkan termasuklah pemilihan pakaian pengantin buat bakal raja sehari.

Busana pengantin yang tampak anggun lagi menawan adalah impian buat mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Pilihan baju pengantin semasa nikah adalah penting untuk memastikan raja sehari tampil cantik dan menawan di hari bahagia.

Baca juga “Dia wanita hebat, cantik dan menakjubkan.” Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun

Digantung tidak bertali pengantin perkahwinan

Di negara kita, kebanyakan busana ringkas baju kurung dan baju Melayu berwarna putih menjadi pilihan utama pengantin untuk hari pernikahan.

Pun begitu, baru-baru ini tular di laman sosial apabila pengantin di negara seberang iaitu Indonesia memilih menggayakan busana ala-ala seperti di Malaysia.

Menerusi perkongsian di TikTok @Swndrshrn, pasangan pengantin itu mendapat hampir dua juta tontonan dan lebih 200,000 tanda suka dek kerana keunikan majlis akad nikah yang dipilih mereka.

Baca juga Bantuan Raja Sehari RM1,000 pasangan pengantin di Johor termasuk pemastautin, ini syarat mohon

Pengantin perempuan dilihat meminta pandangan agar ketika majlis akad nikah digayakan busana ala-ala seperti di Malaysia dan selepas disetujui pasangannya pula sekali gus membuatkan ramai tertarik dengan pasangan sama cantik, sama padan itu.

Video yang memaparkan pengantin berbusana akad nikah versi Malaysia dengan kapsyen, “Alhamdulillah terwujud,” itu membuatkan ramai warga maya meninggalkan ribuan komen pujian terhadap mereka.

Ada di kalangan mereka turut ingin melakukan perkara yang sama dengan pengantin berkenaan dan dalam pada masa sama memuji busana akad nikah versi Malaysia.

@shrnswndr Alhamdulillah terwujud 😍#weddingmalasyia #fyp #weddingdream ♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Iklan

Ujar mereka;

“Tak sangka negara lain ada suka tema nikah Malaysia. Salam serumpun.”

“Baju Malaysia. Bagus, sopan, simple, elegan, halus, lembut kelihatan deh.”

“Sukanya tengok negara luar pakai full baju melayu macam tu. So nice. Thank you.”

Iklan

“Eh ingat orang Malaysia. Tahniah sis dah selamat berumahtangga, semoga berbahagia.”

“Alhamdulillah nampak sopan pengantin dengan baju kurung moden dengan baju Melayu berikat Sampin cantik sungguh mempelai dua sejoli.”

Cantikkan! Sopan sangat busana rekaan negara kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.