Resipi Tat Telur ‘macam kedai’ sukatan cawan, rangup di luar, lembut di dalam

Iklan
tat telur (1)

TAT Telur antara sajian pastri kesukaan ramai. Antara ciri tat telur digemari ramai ialah kulit rangup dan rapuh serta inti kastadnya yang gebu.

Tart Telur yang juga dikenali sebagai Tat Kastad Telur mula diperkenalkan di Hong Kong pada tahun 1940-an.

Iklan
Iklan

Hari ini Tat Telur menjadi sajian digemari seluruh dunia. Siapa ‘hantu’ sajian ini pasti mengetahui harganya yang agak mahal.

Pada zaman serba gawat ini, apa kata buat sendiri Tat Telur di rumah? Selain menjimatkan kos, anda pasti tidak akan kecewa atau tertipu dengan kulit tat keras atau inti kurang telur seperti yang dijual di pasaran.

Iklan

Baca juga: Tip untuk bakery beginner, elak kek bantat cara mudah

Baca juga: Kekeliruan kaum ibu, daging korban tidak boleh disimpan melebihi 3 hari? Ini penerangan agamawan

Iklan

[caption id="attachment_88094" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

SinarPlus berkongsi resipi yang dimiliki pengguna Facebook, Nor Al Fatihah yang hanya menggunakan sukatan cawan.

TART TELUR

Kulit tat

Bahan-bahan

150 gm mentega

1/2 cawan gula aising

1 biji kuning telur gred A

1 sudu teh esen vanila (opsyenal)

2 cawan tepung gandum (diayak)

2 sudu besar tepung jagung (diayak)

Langkah penyediaan

1.Kacau mentega dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.

2.Campur telur dan esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.

3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

4.Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Balut doh dengan plastik ‘cling wrap’.

5.Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.

Baca juga: Resipi Serawa Durian pekat berkrim, buat sendiri baru puas makan

Inti

6 biji telur gred A

1 cawan gula kastor

1 sudu teh esen vanila

1 tin susu cair

1 cawan air panas

Pewarna kuning (opsyenal)

Langkah penyediaan

1.Sementara doh di rehatkan sediakan intinya dulu.

2.Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair dan pewarna kuning. Kacau dengan pemukul whisk hingga sebati.

3.Tuang air panas ke dalam adunan sambil dikacau untuk mengelakkan inti menjadi telur hancur. Tapiskan.

4. Keluarkan doh dan canai hingga nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium tat bersaiz mini.

5. Tekan dan kemaskan. Tuang inti hingga agak penuh

6. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 150 darjah Celcius selama 35 hingga 45 minit atau hingga masak.

7. Gunakan api bawah sahaja, bergantung pada suhu oven masing-masing.

8. Sejukkan dulu kemduian baru keluarkan daripada acuan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia resipi char kuetiau sedap persis di kedai, mudah je buat

Sumber: Facebook Nor Al Fatihah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan