RAHSIA resipi char kuetiau ini sangat sedap, rugi jika tidak mencuba!

Char kuetiau merupakan antara menu yang menjadi pilihan ramai terutamanya untuk makan petang atau malam.

Hidangan yang ringkas tetapi enak sungguh bila dimakan panas-panas, ditambah pula dengan cili jeruk. Fuh padu!

Jika makan di kedai makan, sudah tentu harganya sekitar RM7 hingga RM10, belum lagi jika bawa satu keluarga kan? Boleh tahan juga harganya.

Baik buat sendiri char kuetiau untuk suami dan anak-anak tercinta. Puas hati untuk menikmatinya.

Bahkan resipi rahsia char kuetiau yang dikongsi oleh EnazKitchen di laman Facebooknya mengatakan rasanya sangat sedap dan lazat macam di kedai sehingga mendapat lebih 10 ribu shares.

Ujarnya, resipi ini untuk lima orang makan, jika ramai hanya gandakan jumlah bahan-bahannya.

Selain untuk dimakan bersama keluarga, char kuetiau juga boleh dihidang untuk menjamu tetamu mahupun pada acara-cara tertentu.

Sangat sedap, lazat dan berbaloi tentunya.

Bahan-bahannya;

Bahan kuah kicap (boleh sediakan awal);

  • 1 liter air
  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan kicap sotong
  • 2 sudu makan gula
  • Garam

Cara membuatnya;

Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20 hingga 25 minit. Dah siap baru letak garam. Biar kuah rasa masin sedikit.

Cuba juga Daging masak ‘ungkep’ sedap, pembuka selera. Ibu dalam pantang pun boleh makan

Rahsia resipi char kuetiau sedap persis di kedai, mudah je buat

Bahan pes cili (boleh sediakan awal);

  • 100 gm cili kering dibersihkan
  • 1 genggam udang kering
  • 1 labu bawang putih
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya;

Kisar semua bahan, tumis sampai garing dan pecah minyak. Siap dan boleh diketepikan.

Minyak bawang putih (kalau tak buat pun tak apa);

Kisar satu labu bawang putih dan rendam dalam minyak (agak-agak secawan).

Iklan

Bahan-bahan lain;

  • Udang yang sudah dibersihkan
  • Tauge
  • Daun kucai
  • Kuetiau (halus lagi sedap)
  • Telur

Cara-cara membuat char kuetiau;

1) Panaskan satu sudu minyak bawang putih.

2) Goreng udang sebentar (ikut suka berapa ekor nak). Boleh juga letak isi kerang kalau ada. Bila udang dah masak, masukkan satu sudu makan pes cili. Kacau.

3. Masukkan satu senduk kuah kicap char kuetiau (ikut suka banyak mana kuah yang kita nak). Dah mendidih, terus masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau-kacau sekejap aje jangan lama sangat nanti kuah kering.

6) Pecahkan telur, tutup api dan terus kacau laju-laju. Siap.

Cuba juga Tak perlu beli di luar lagi, cuba resipi Ikan Bakar Siakap Ala Perlis yang senang sangat nak buat

Iklan

Tip:

1) Setiap kali buat set char kuetiau ni masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis dan pedas semua. Sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama, lain jenama lain rasanya. Adjust rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok yang pertama tu barulah senang nak masak yang seterusnya.

2) Udang ikut suka nak kopek atau tak. Kalau kopek, kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.