Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

Iklan
kopi

BUAT peminat kopi, suasana warung atau kafe dengan stail orang dulu-dulu secara tak langsung boleh mengimbau nostalgia lama.

Mana tidaknya, dekorasi rak kayu, meja dan kerusi antik, papan kedai tulisan jawi dengan susunan botol-botol air berkarbonat jarang-jarang jumpa boleh mencuit kenangan silam.

Iklan
Iklan

Tak kurang juga susunan tin biskut timbang, perkakas lama seperti telefon awam, mesin pengisar ais dan banyak lagi menjadi pameran ala mini muzium vintage.

Iklan

Menikmati secangkir kopi dengan aura sedemikian membuatkan ramai pengusaha lebih kreatif menggunakan elemen tersebut sebagai daya tarikan premis mereka.

Tidak kisahlah jauh atau dekat, pasti peminat kopi sanggup datang semata-mata untuk merasai menu yang disajikan sambil berswafoto.

Iklan

Baca juga Sudah lengkap dua dos? Jom singgah 5 kopitiam terbaik di Selangor, ada menu asli lebih 100 tahun!

Carian SinarPlus di media sosial juga mendapati, konsep antik dan nostalgia sudah banyak diperkenalkan dan paling penting, inti pati kulinari yang enak masih menjadi senjata utama.

Berikut lima kafe yang menawarkan gaya klasik yang boleh dikunjungi pembaca SinarPlus jika berada berhampiran:

1. Ruma Kupi Pontian

  • Alamat: 63A, Jalan Kukup, Kampung Rimba Terjun (berhadapan Pasar Besar Pontian), Pontian, Johor
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 3 petang
  • Facebook: Ruma Kupi Pontian

Baca juga Gabungan pulut & kopi, resipi istimewa Gula Melaka Latte dua sahabat baik ini wajib dicuba

2. Kedai Kopi Lama

  • Alamat: Jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam
  • Harga: Bermula RM4
  • Facebook: Kedai Kopi Lama
  • Instagram: @kedaikopilama

3. Kukus

  • Alamat: Lot 1004, Jalan Tepi Sungai, Klang ,Selangor
  • Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 3.30 petang
  • Harga: Bermula RM2.50
  • Facebook: KUKUS

Baca juga Kaki kopi, 3 perisa edisi terhad Nescafe Gula Bandung, Sirap Bandung dan Pandan wajib cuba. Rasanya memang unik!

4. Warung Kupi Atok Kayo

  • Alamat: 5947, Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan
  • Waktu operasi: 12.30 petang hingga 8.30 malam
  • Harga: Bermula RM7
  • Facebook: Warung Kupi Atok Kayo

5. Kafe Tuju

  • Alamat: No 5, Lorong Jambatan, Kampung Pantai, Melaka
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam
  • Harga: Bermula RM4 hingga RM12
  • Facebook: Kafe Tuju
  • Instagram: @kafe_tuju

Sekiranya kalian mempunyai plan untuk #foodhunting bersama insan tersayang, bolehlah pertimbangkan lokasi menarik yang disenaraikan.

Jika terdapat pilihan destinasi jom makan unik yang lain, kongsikan di ruang komen ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan