Remaja perempuan merayau seorang diri jam 2 pagi, tindakan pemuda ini buat netizen tabik spring

Iklan
budak merayau

MERAYAU sehingga lewat malam! Kisah seorang remaja perempuan yang ditemui sendirian kira-kira jam 2 pagi tanpa pengawasan orang dewasa membuatkan netizen tertanya-tanya.

Mana tidaknya, kehadiran gadis yang dikatakan berusia 14 tahun tersebut disedari penduduk setempat ketika melalui kawasan sunyi di Lunas, Kedah baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Perkongsian seorang pemuda prihatin yang dikenali dengan nama Zam Padang Serai di akaun TikToknya sempat merakam perbualan bersama remaja berkenaan yang dikhuatiri akan keselamatannya.

Iklan

Empat video pendek yang dikongsikan dengan kapsyen Jumpa Budak Perempuan 14 Tahun Jam 2 Pagi menimbulkan banyak persoalan sama ada dia lari dari rumah atau suka-suka merayau tanpa tujuan?

Selepas soal selidik dibuat, kisah di sebalik remaja yang dijumpai sehelai sepinggang tanpa sebarang dokumen penting seperti Mykad tersebut membuatkan pemuda itu sanggup berpatah balik untuk membantu.

Iklan

Meskipun bait perbualan mereka tidak jelas, namun SinarPlus difahamkan, budak perempuan tersebut tinggal bersama keluarga angkat.

Pada awal cerita, dia mengikut abangnya keluar berjalan-jalan ke rumah kawan.

Namun, selepas abangnya membuat keputusan mahu tidur di rumah teman tersebut, remaja berkenaan kemudian nekad pulang berjalan kaki seorang diri walaupun dirasakan perjalanan itu agak jauh.

Baca juga Mujurlah jumpa semula anak hilang tika berkelah di Teluk Batik. Warganet gesa ibu bapa lebih berhati-hati

Tidak mahu insiden tidak diingini berlaku, pemuda tersebut suka rela mahu membantu menghantarnya pulang.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut bersetuju dan memuji tindakan berani lelaki berkenaan kerana bimbang sesuatu boleh berlaku jika dibiarkan begitu sahaja.

Kebanyakan komen yang dikongsikan warganet, mereka melahirkan rasa bimbang terhadap insiden lebih-lebih lagi melibatkan remaja perempuan.

Baca juga [VIDEO] Sempat rakam entiti main kereta mainan tengah malam, pemuda ini kongsi cerita tidur sebantal dengan hantu raya

Ramai yang perasan jalan yang dituju tersebut adalah haluan ke balai polis. Boleh jadi kes mahu diselesaikan bersama pihak berkuasa.

Tidak kurang juga ramai yang ingin tahu apa sebenarnya berlaku?

Nasib baiklah jumpa dengan orang yang baik hati.

 

Jam 9 malam tak balik mesti ibu bapa sudah call banyak kali, inikan pula jam 2 pagi!

Ya ALLAH bahayanya tanpa dipantau.

Pernah jumpa kes sama, tapi naik kereta dengan lelaki.

Bawa terus ke balai biar polis bawa balik.

Sedihkan kalau anak perempuan seperti itu dibiarkan tanpa pengawasan lebih-lebih lagi banyak kes menakutkan membabitkan golongan sama dilaporkan di media.

Semoga wujud lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan ambil berat dengan orang sekeliling walaupun tiada pertalian darah setitik pun. #kitajagakita

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan