Wanita ini kongsikan teknik 'deep clean tilam' dengan cara mudah. Jadikan rutin empat bulan sekali

Iklan
new tilam

PASTI ada dalam kalangan kita yang sering menepuk-nepuk tilam setiap kali mahu menukar cadar dan sarung bantal, bukan?

Kononnya cara begitu dapat menghilangkan dan membuang habuk, bakteria serta kotoran yang melekat pada tempat berkenaan. Tidak kurang ada juga yang menyembur pewangi fabrik.

Iklan
Iklan

Selain kaedah tersebut, apa kata cuba tip yang dikongsikan Syuhaidah Asmaa Khalid ini.

Iklan

DEEP CLEAN TILAM

Kaedah DIY deep clean yang dilakukan Syuhaidah tidak memerlukan anda mengangkat tilam berat. Begini caranya:

Iklan

"Tilam tempat membiaknya kuman. Kita menghabiskan masa secara puratanya lima hingga lapan jam sehari di atasnya, jadi deep clean sangat perlu untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih dan bebas bakteria.

"Jika mahu angkat dan jemur memang tidak larat, lebih-lebih lagi jika tilam anda berukuran 12 inci. Justeru, boleh guna cara ini untuk buat 'deep clean mattress'. Anda boleh cuba kaedah ini dalam tempoh empat bulan sekali atau apabila ada ahli keluarga yang sedang demam atau sakit."

Baca ni: Wanita ini kongsi cara cuci kain lap dapur berbau dan berlendir tanpa perlu sental. Hasilnya bersih dan wangi!

Cara cuci tilam:

1) Vakum menggunakan kepala vakum yang kecil muncung tirus (bukan untuk vakum lantai).

2) Hilangkan kotoran pada tilam. Terpulang mahu guna cara mana sekalipun. Letak baking soda, kemudian sembur dengan cuka. Biarkan seketika, gosok dengan kain (boleh abaikan langkah ini jika tilam tidak kotor).

3) Tabur baking soda lalu biarkan dalam empat hingga enam jam. Ini bertujuan untuk menyerap kelembapan dan odour.

4) Vakum lebihan soda bikarbonat tersebut.

5) Semburkan Dettol yang dicampur dengan air.

6) Anginkan ia dengan membiarkan tingkap terbuka.

Dah siap. Senangkan? Sinarplus pun teringin nak mencuba tip mudah ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan