Kafe viral dalam kebun, 5 lokasi sajikan menu signatur unik segar dari ladang

Iklan
kafe dalam hutan

KAFE dalam kebun! Ya, bunyinya agak pelik, namun kreativiti usahawan tempatan memanfaatkan kebun atau ladang sendiri sebagai tapak jualan makanan memang awesome.

Mana tidaknya, hasil kebun seperti kelapa, strawberi, tebu waima buah naga sekali pun diolah menjadi kulinari enak dan lain daripada lain.

Iklan
Iklan

Ditambah suasana kebun yang mendamaikan membuatkan pengunjung khususnya anak bandar dapat merasai suasana kampung yang menyeronokkan.

Banyak sebenarnya kafe yang dibina di dalam kawasan tanaman buah-buahan sebagai tarikan buat pengunjung yang sukakan kelainan.

Iklan

Berikut lima lokasi makan-makan yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus untuk aktiviti hujung minggu:

Iklan

1. Kelapa Seafood Tanjong Karang

Alamat:PT3441, Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi hingga 10 malam

Menu signatur: Kelapa Seafood, ChiGim dan King’s Kambing Bakar

Facebook: TK Coconut Farm Ville

Instagram: @tkcoconutfarmville

Baca juga 5 Kafe instagrammable wajib kunjungi di Selangor. Mana satu jadi pilihan hati…

2. Jerai Hill Strawberry Farm

Alamat: Jerai Hill Resort, Gunung Jerai, Gurun, Kedah

Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Menu: Strawberi cheese, aiskrim, scone dan buah strawberi segar

Facebook: Jerai Hill Strawberry Farm

Instagram: @jeraistrawberry

3. HL Dragon Fruit Eco Farm

Alamat: Lot 7608, Jalan Besar Batu Satu, Sepang, Selangor.

Waktu operasi: 10 pagi hingga 5.30 petang

Menu: Scone dan nasi lemak buah naga

Facebook: HL Dragon Fruit Eco Farm

Baca juga Ibarat berada dalam dunia komik, kafe 2D penuh ilusi bikin ramai teruja

4. Saudagar Nanas Agrofarm

Alamat: Lot 3000, Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor

Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 6.30 petang

Menu: Nasi goreng nanas, cheese cake, scone nanas, aiskrim nanas dan jus nanas segar

Facebook: Saudagar Nanas

5. Laman Tebu Aidil

Alamat: Parit 3 1/2, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor

Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 7 malam

Menu: Air tebu segar, kuih tradisional dan mi kari udang lipan

Facebook: Laman tebu Aidil

Baca juga Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

Memang seronok dapat menikmati buah-buahan tempatan yang segar terus dari ladang, malah harganya pun mampu milik.

Buat ibu-ibu yang nak 'gantung kuali' pada hujung minggu ini, bolehlah pujuk encik suami untuk mencuba sajian tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan