Inspirasi anak muda, Daiyan Trisha miliki rumah 'landed’ 2 tingkat

Iklan
Inspirasi anak muda, Daiyan Trisha miliki rumah 'landed’ 2 tingkat

INSPIRASI buat anak muda! Memiliki rumah pada usia muda bukan lagi sekadar impian malah ia boleh menjadi kenyataan.

Begitulah yang dilalui pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha. Satu pencapaian yang membanggakan apabila berjaya memiliki dua buah rumah ketika usianya masih muda.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di media sosial Instagram, Daiyan berkongsi dengan memuat naik beberapa keping gambar dan video banglo mewah landed (bertanah) dua tingkat yang dibelinya.

Bintang Projek: Anchor SPM berumur 29 tahun itu bersyukur dengan rezeki ALLAH SWT sehinggakan dia mampu membeli rumah mewah.

Iklan

Tulisnya di ruangan kapsyen,"Level up. Alhamdulillah gadis anda mendapat rumah baru!"

Baca juga "Tipulah kalau saya kata tidak pernah kecewa” – Fieya Julia mahu kembali rencana kerjaya seni

Iklan

Perkongsian anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pujian daripada rakan artis dan pengikut selain menjadi contoh kepada anak muda untuk bekerja keras bagi mengumpul aset.

Ujar mereka;

"I adore!!! Such a level up to be inspired. Happy and proud of you."

"Omg what!! This is amazing?! Congrats Daiyan!!

"Omg cantiknya rumah kita. Ehhh rumah dia. Sorry typo. Congrats!"

"It felt like yesterday that we saw u posted crying gettin ur first house. Had the same feeling all over again watching this post. So proud of you."

"Congratulations! your such an inspiration for me to work hard and achieve my dreams."

Tahniah Daiyan! Difahamkan pada tahun 2019, dia membeli rumah pertama iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota hasil kumpul duit kira-kira dua tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.