'Bertocang dua, sapu lip gloss tetap letop. Anak Che Ta kan.' Gaya Aaisyah ke sekolah dipuji cantik macam barbie doll!

Iklan
20220809_003823_0000

PENAMPILAN Aaisyah Dhia Rana ke sekolah mengundang perhatian ramai baru-baru ini.

Wajah polos tanpa secalit mekap, namun tetap cantik membuatkan ramai memuji anak perempuan kesayangan Rozita Che Wan atau Che Ta itu.

Iklan
Iklan

Dalam satu hantaran Instagram, Aaisyah kelihatan cukup simple apabila mengenakan pakaian seragam sekolah, tanpa sebarang solekan atau bibir yang merah seperti kebiasaan dirinya bergaya menerusi media sosial.

Baca ni: Dulu beg pasar malam dan toto. Kali ini Balenciaga 'buat hal' perkenal 'trash pouch' ilham daripada beg sampah

Iklan

Rambut bertocang dua, manakala bibir dicalit dengan sapuan lip gloss, namun aura anggunnya tetap terserlah. Tidak hairanlah, gambar yang dikongsikan ibunya itu meraih perhatian ramai.

Iklan

Menurut Che Ta menerusi kapsyennya, gambar tersebut diambil selepas Aaisyah kembali semula ke sekolah memandangkan cuti penggal persekolahannya sudah tamat.

"Cuti sekolah anak kami (saya) sudah habis, sekarang kena kembali ke sekolah. Pukul 5.30 pagi Aaisyah sudah bangun dan bersiap. Teruja untuk kembali ke sekolah. Maklumlah, lama cuti sekolah," ujar Che Ta yang berkongsi gelagat anak perempuan tunggalnya itu.

Tambah Che Ta lagi, walaupun anaknya gemar tampil cantik, namun nalurinya tetap sama seperti kanak-kanak lain yang seusia.

"Waktu cuti sekolah, ada ketikanya Aaisyah akan keluar jalan-jalan atau mengikut kami ke tempat kerja. Ada juga pergi mandi sungai, mandi laut, main pondok-pondok dan ada masanya main mekap-mekap.

"Cuti sekolah yang lalu, pantang nampak saya bersiap, cepat sahaja Aaisyah mahu ikut," kongsi isteri kesayangan Zain Saidin itu lagi.

Pun begitu, sebagai ibu yang inginkan kejayaan anaknya dalam pelajaran, Che Ta sentiasa memastikan Aaisyah mematuhi peraturan sekolah.

"Waktu sekolah, tiada bulu mata palsu. Cukuplah sekadar rambut ditocang dua dan bibir dicalit dengan lip gloss," tegasnya yang tiada kompromoi dalam hal tersebut lebih-lebih lagi pemakaian mekap ke sekolah.

Akui Che Ta lagi, perkongsian tersebut dibuat bagi meleraikan pertanyaan sekali gus memberi pemahaman kepada warga maya mengenai isu anaknya ke sekolah.

Susah juga ye jadi anak selebriti ini. Semua benda nak dijadikan isu oleh netizen.

Penat juga nak terangkan satu persatu, patutlah ada yang tertekan lebih-lebih lagi apabila membaca komen-komen yang dilemparkan netizen. Sakit hati dibuatnyakan!

Sumber: rozitachewan1 & aaisyahdhiarana111

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan