'DELETE for everyone' perbualan di aplikasi WhatsApp untuk dua hari lepas? Anda kini boleh lakukannya. Bukan itu sahaja, pelbagai pembaharuan terkini akan dilakukan pada aplikasi kegemaran ramai itu.
Sebelum ini WhatsApp memanjangkan masa untuk padam perbualan melalui ciri Delete for everyone daripada satu jam kepada dua hari dan 12 jam.
Namun ketika itu hanya pengguna tertentu sahaja yang dapat mencubanya.
Terbaharu, seperti yang dikongsikan WhatsApp melalui Twitter, penggunanya kini mempunyai lebih dua hari untuk padam mesej perbualan yang sudah dihantar.
Untuk guna tempoh baru ini, penerima perlu kemaskini WhatsApp kepada versi terbaharu agar ia benar-benar berfungsi.
Jika tidak, tempoh untuk padam mesej hanyalah satu jam sahaja. Anda juga tidak akan terima notifikasi jika mesej itu tidak dipadam pada WhatsApp penerima.
Baca juga Cara Keluar Dari WhatsApp Group Mudah, Ahli Tak Perasan
Sementara itu, WhatsApp juga kini melakukan pembaharuan membabitkan privasi aplikasi itu termasuk pengguna boleh membaca mesej diterima tanpa mendedahkan ia sudah dibaca atau belum.
Platform itu juga tidak lama lagi membenarkan pengguna menentukan siapa yang boleh melihat apabila mereka sedang 'online' dan menghalang orang lain melakukan tangkap layar terhadap mesej pengguna.
Malah, pengguna juga selepas ini boleh keluar dari kumpulan secara senyap tanpa ada tulisan menunjukkan pengguna berkenaan sudah"left group".
Pun begitu, dua daripada ciri baharu yang diperkenalkan di WhatsApp ini akan mula dilancarkan kepada semua pengguna bulan ini.
Dalam pada itu, fungsi menyekat tangkap layar, buat masa kini masih diuji dan akan disediakan kemudian, menurut WhatsApp.
Itu yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg di Facebook dan Instagramnya, yang mengatakan syarikat itu akan terus membina cara baharu untuk melindungi mesej anda dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka.
Sumber: TheVerge, CNN
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.