APLIKASI WhatsApp digunakan secara meluas untuk berkomunikasi dalam pelbagai urusan.

Susulan daripada tergendala dan kegagalan untuk diakses selama lebih enam jam beberapa hari lalu, kebanyakan penggunanya kini berhijrah ke aplikasi Telegram pula.

Pengasas Telegram, Pavel Durov di siaran Telegram miliknya mengesahkan menerima 70 juta pengguna baharu kelmarin dipercayai pengguna-pengguna media sosial yang ‘lari’ aplikasi permesejan bermasalah itu.

Baca juga: Empat Hari Beristerikan ‘Rice Cooker,’ Lelaki Akhirnya Bercerai

“Semalam Telegram mengalami peningkatan rekod dalam pendaftaran dan aktiviti pengguna.

“Kadar pertumbuhan harian Telegram melampaui norma dengan kadar yang besar, dan kami menerima lebih 70 juta ‘pelarian’ dari platform lain dalam sehari.

“Saya bangga dengan cara pasukan kami menangani pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya kerana Telegram terus bekerja dengan sempurna untuk sebahagian besar pengguna kami.

Baca juga: [VIDEO] Wanita Tionghua ‘Review’ Van Jenazah Buat Ramai Kagum. Perincian Yang Dibuatnya Sangat Ringkas, Tapi Jelas

Iklan

“Oleh itu, beberapa pengguna di Amerika mungkin mengalami kelajuan yang perlahan daripada biasa kerana berjuta-juta pengguna dari benua ini sedang ‘bergegas’ untuk mendaftar ke Telegram pada masa yang sama.

“Saya meminta pengguna kami yang ada untuk menyapa rakan mereka yang baru tiba. Pastikan mereka bertahan dan lihat mengapa Telegram masih berada di hadapan.

“Untuk pengguna baru saya ingin mengatakan ini – selamat datang di Telegram, platform pesanan bebas terbesar. Kami tidak akan mengecewakan anda apabila orang lain akan melakukannya,” tulis Durov.

Iklan

WhatsApp dimiliki oleh Facebook. Susulan tergendalanya Facebook, Messenger, Instagram dan Whatsapp, pengasas media sosial gergasi tersebut, Mark Zuckerberg mengalami kerugian sebanyak RM29.22 bilion.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Pavel Durov