SK magic melakar sejarah tersendiri apabila meraih pelbagai anugerah, sekali gus membuktikan keunggulan jenama itu pada mata dunia.
Berikut kemenangan yang diperoleh seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SK magic Korea, Yoon yo-seop:
1) Jenama nombor 1 dalam kategori penulen air 2022 Premium Brand Index (KS-PBI) oleh Persatuan Piawaian Korea untuk tahun kedua berturut-turut dan sekali lagi membuktikan daya saing jenama terbaiknya sebagai K-water Purifier terkemuka.
2) SK magic juga memenangi anugerah Energy Winner of the Year yang diadakan di Korea Press Center International Conference Hall dengan 3 anugerah termasuk:
i) Energy Winner of the Year
ii) Korean Environment Minister’s Award
iii) Grand Prize dalam Carbon Neutral Winner Award.
3) SK magic turut diiktiraf bagi penilaian kecekapan antarabangsa dalam air minuman untuk tahun ke-4 berturut-turut oleh Environment Resources Association of America (ERA) pada 14 Julai lalu.
[caption id="attachment_89750" width="800"] JAE-chul (kiri) dan Pengerusi Persatuan Piawaian Korea Kang Myung-soo teruja apabila SK magic menduduki tempat pertama dalam 2022 Premium Brand Index (KS-PBI) dalam kategori penulen air selama dua tahun berturut-turut.[/caption]
SK magic yang memiliki daya saing teknologi terbaik dunia dalam peralatan rumah seperti penulen air, penulen udara, mesin basuh pinggan mangkuk dan bidet, kini menduduki tempat pertama dalam pasaran penulen air berdasarkan teknologi canggih tanpa tangki dan perkhidmatan pelanggannya di Korea Selatan.
Hasil daripada usaha tersebut, ia bukan sahaja diiktiraf di Korea, malah di peringkat global.
Jenama itu juga telah mengungguli anugerah Best Library of Excellence untuk tahun ke-4 berturut-turut dalam penilaian kecekapan antarabangsa dalam bidang air minuman yang dianjurkan oleh ERA.
[caption id="attachment_89752" width="800"] SIJIL Best Analyst of the Environmental Resource Association (ERA).[/caption]
Sebagai peneraju pasaran dalam teknologi tanpa tangki, SK magic Environmental Analysis Center telah mengambil bahagian dalam penilaian air minuman dan menerima penarafan tertinggi Satisfactory untuk 17 item penilaian, termasuk lima logam berat, empat anion, lima sebatian organik dan tiga perkara umum.
Jenama hebat itu juga sekali lagi membuktikan keupayaan pengukuran dan analisis bertaraf antarabangsa untuk ujian kualiti air.
[caption id="attachment_89749" width="800"] SK magic Environmental Analysis Center” di Kilang SK magic di Hwaseong, Gyeonggi-do.[/caption]
Untuk pengetahuan umum, SK magic Environmental Analysis Center merupakan sebuah institut penyelidikan yang mengkhususkan dalam teknologi alam sekitar seperti kualiti air dan kualiti udara, mula dibuka di loji Hwaseong pada tahun 2019.
Ia merupakan institusi bertauliah untuk ujian kualiti air minuman yang ditetapkan oleh Han River Basin Environment Office dari Kementerian Alam Sekitar negara itu.
[caption id="attachment_89751" width="800"] PENYELIDIK sedang menjalankan eksperimen di Environmental Analysis Center di Kilang SK magic di Hwaseong, Gyeonggi-do.[/caption]
Dengan matlamat untuk menyediakan penyelesaian penjagaan menyeluruh untuk pelanggan sambil berkhidmat sebagai institusi yang diberi kuasa untuk pemeriksaan kualiti air seperti air minuman, air minum spring, air bawah tanah dan air sumber, SK magic Korea Environmental Analysis Center sedang menjalankan analisis kualiti air dan analisis bahan berbahaya alam sekitar serta pelbagai teknologi berkaitan kebersihan dan pembangunan produk.
[caption id="attachment_89755" width="800"] SK magic menduduki tempat pertama dalam 2022 Premium Brand Index (KS-PBI’ dalam kategori penulen air selama dua tahun berturut-turut dan dianugerahkan Super Taste Award untuk penulen airnya. Penulen air JIKSOO Hyper (kiri) dan di sebelahnya ialah penulen air JIKSOO Rich)[/caption]
Hasil usaha tersebut telah diiktiraf bukan sahaja, di Korea tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Pada Mei tahun lalu, 2021 ITI International Food and Beverage Fair yang dihoskan oleh Belgian International Taste Institute (ITI) telah memenangi Super Taste Award buat kali pertama di Korea.
Air daripada penulen air JIKSOO Rich dan penulen air JIKSOO Hyper telah menerima penilaian yang sangat baik bagi penarafan dua bintang.
Selain itu, penulen air JIKSOO Hyper turut menerima CES Innovation Award di pameran elektronik pengguna terbesar dunia, Consumer Electronics Show (CES) untuk teknologi UV termajunya yang mensterilkan penulen air daripada bahan cemar berbahaya itu sendiri.
Di samping cemerlang dalam industri penulen air, SK magic juga mencatatkan kejayaan dalam kategori penulen udara untuk teknologinya yang tercanggih.
[caption id="attachment_89754" width="800"] SK magic Penulen udara All Clean telah memenangi Carbon Neutral Winner Award di 25th Energy Winner Award.[/caption]
Penulen udara All Clean yang canggih, telah memenangi Carbon Neutral Winner Award berikutan keupayaannya untuk mencuci bahagian kipas dan pelepasan dalaman yang terdedah kepada pengumpulan habuk dengan air.
Produk itu dikagumi kerana berupaya untuk mengurangkan penggunaan kuasa dan kos penggunaan tenaga tahunan hingga 61 peratus.
Ketua Bahagian Pemasaran Korea SK magic, Lee Bo-hyeong berkata, SK magic secara berterusan memperkenalkan peralatan mesra alam untuk menjimatkan sumber dan tenaga (antaranya seperti barisan peralatan rumah mesra alam pertama industri Green Collection tahun lepas).
Kepada anda yang ingin membeli penulen air JIKSOO Rich, penulen air JIKSOO Hyper dan penulen udara All Clean, ia boleh sudah boleh didapati di negara ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.