Pendarahan ketika hamil, adakah ibu masih perlu solat dan puasa? Ini jawapan agamawan

Iklan
Wanita hamil (1)

KETIKA hamil, wanita lazimnya tidak mengalami haid. Bagaimanapun dalam keadan tertentu, berlaku pendarahan sebelum bersalin yang disebabkan pelbagai punca. Menjadi persoalan para wanita, adakah sah ibadah solat dan puasa yang ditunaikan atau ia perlu diqada?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita hamil mengalami pendarahan dianggap haid menurut pandangan muktamad Syafie sekiranya ia mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam.

Iklan
Iklan

"Wanita hamil yang mengalami pendarahan disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor perubatan kerana dikhuatiri kandungan mengalami masalah. Sekiranya berlaku keguguran, maka darah yang keluar selepas kosongnya rahim ialah darah nifas,” katanya.

Baca juga: Gugur pada usia kandungan masih kecil, dikira darah nifas - Pendakwah ini beri contoh situasi mudah untuk difahami

Iklan

Baca juga: Sakit perut 2 tahun, seperti hamil, wanita rupanya alami ketumbuhan ovari 35kg, diameter 40cm

Iklan

Dalam Islam, terdapat beberapa jenis pendarahan yang berlaku disebabkan kehamilan seperti berikut:

Darah nifas - Darah yang keluar selepas rahimnya kosong akibat bersalin atau keguguran dan sebelum berlalunya 15 hari daripada tempoh kosong rahim.

Darah al-tolaq - Darah yang keluar ketika sakit melahirkan anak.

Darah fasad - Darah yang keluar semasa kelahiran bayi. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan pendarahan wanita hamil tetapi bukan kerana keguguran atau sakit bersalin.

Baca juga: Pakai inai semasa hamil, bersalin cetus timbul tanya, ini yang perlu ibu tahu

Baca juga: Tempoh minimum haid adalah 24 jam. Kalau kurang, bukan period namanya…

LIMA INFO DARAH NIFAS

1-Menurut mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari.

2-Bagi mazhab Hanbali, had maksimum darah nifas iaalah 40 hari.

3-Jika darah nifas berhenti dan naqa’ (bersih tanpa darah) selepas 15 hari, kemudian datang kembali tetapi tempohnya masih tidak melebihi 60 hari.

4-Pendarahan kali kedua tersebut tidak boleh dikira darah nifas sebaliknya adalah darah haid kerana terdapat selang selama 15 hari suci.

5-Begitu juga sekiranya darah yang kedua itu melebihi 15 hari tetapi masih belum melepasi kadar maksimum haid iaitu 60 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadah.

Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

Baca juga: Uri di bawah ketika hamil, ini komplikasi-komplikasi yang perlu ibu wajib tahu

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan