Ainul Mardhiah sudah aktif bermain di rumah, ibu kongsi anak sudah keluar hospital

Iklan
Ainul Mardhiah sudah aktif bermain di rumah, ibu kongsi anak sudah keluar hospital

AINUL Mardhiah sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 1 Ogos lalu akibat jangkitan kuman.

Satu perkhabaran baik dan gembira tentunya kepada seluruh rakyat Malaysia, anak sulung pasangan Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu sudah kembali sihat dan keluar hospital.

Iklan
Iklan

Selepas melewati waktu-waktu yang agak tegang beberapa minggu lalu, ibu dan bapa kepada adik Ainul Mardhiah, 4, yang pernah menghidap ketumbuhan di mulut ketika baru lahir kini telah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.

baca juga Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Iklan

[caption id="attachment_87328" width="800"] Keadaan Ainul pada tahun 2020 (kiri) manakala gambar kanan ialah yan terkini[/caption]

Ainul kini sudahpun dibenarkan keluar dari hospital dan dilihat sudah mulai sihat setelah dimaklumkan mengalami sawan beberapa kali sehingga terpaksa ditidurkan sebelum ini.

Iklan

Menerusi perkongsian terbaru ibunya, Nurul Erwani di Insta Story, dapat dilihat yang Ainul sudah kembali aktif dan bermain bersama adiknya di rumah.

Menurut bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang anaknya telah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lalu setelah tiga minggu berada di dalam wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

"Alhamdulillah Ainul sekarang dah bersama kami di rumah, doktor benarkan keluarkan hospital pada Jumaat lalu. Keadaan Ainul juga semakin stabil dan sihat," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ahmad Safiuddin menyatakan yang anak sulungnya masih lagi dalam pemerhatian doktor dan perlu mendapatkan rawatan susulan sekali seminggu sehingga doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.

Baca juga Pakai oksigen biasa, ventilator dimatikan, khabar baik Ainul Mardhiah di hari jadinya buat ramai bersyukur

Terdahulu, Ainul Mardhiah telah mengalami jangkitan kuman dan sawan pernah berada di situasi kritikal sewaktu ditempatkan di dalam PICU.

Bapa dan ibunya telah berkongsi berita tentang kesihatan anaknya di media sosial dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Ainul.

Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019 setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’. Perkembangannya diikuti seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantunya menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Semoga adik Ainul terus sihat dan terus membesar dengan baik. Kami semua sayang Ainul Mardhiah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.