PAKAI oksigen biasa, boleh dijaga oleh penjaga dan ventilator telah dimatikan, satu perkhabaran baik buat kanak-kanak kesayangan ramai Ainul Mardhiah, 4. Alhamdulillah.

Lebih istimewa apabila berita baik itu dikhabarkan hari ini yang mana tanggal 13 Ogos 2022 (hari ini) merupakan hari lahir anak sulung kepada pasangan Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi.

Menerusi perkongsian di Facebook ibunya, Ainul dikatakan boleh dijaga seperti biasa bermula hari ini kerana dia telah menggunakan oksigen biasa dan ventilator juga telah dimatikan.

““PICU baru ‘call’, katanya hari ini dah boleh jaga Ainul semula sebab Ainul dah guna oksigen biasa, ventilator dah dimatikan.

“Ubat tidur dan tahan sakit juga dah tiada, Ainul dah sedar,” ujarnya.

Baca juga  Diberi bantuan pernafasan, ditidurkan, ini keadaan terkini Ainul Mardhiah

Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Sementara itu, Nurul Erwani turut menitipkan ucapan hari lahir buat puteri kesayangannya itu.

“Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan Mama, Ainul Mardhiah. Cukuplah Ainul sentiasa berada di sisi mama setiap waktu.

“Semoga ALLAH sentiasa beri kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan serta dilindungi dari segala kejahatan di dunia ini. Mama rindu dengan kakak, nanti kita sambut besday sama-sama ya,” doanya.

Menjengah ke media komen media sosial pasangan suami isteri itu, rata-rata orang ramai bersyukur dengan perkembangan positif Ainul dan turut sama mengucapkan selamat hari lahir dan berdoa agar kanak-kanak itu terus kuat berjuang atasi penyakitnya.

Ujar mereka;

“Alhamdulillah syukur ya ALLAH, moga diberikan syifa dan diberikan kekuatan juga untuk adik sekeluarga.”

“Ayuh semua rakyat Malaysia sama-sama kita doakan adik Ainul kembali sihat seperti biasa.”

“Selamat hari jadi adik, semoga cepat sembuh. Adik kuat memang adik kuat, terus berjuang ya dik.”

Iklan

“Selamat hari lahir Ainul Mardhiah, sesuai dengan nama seorang wanita hebat, adik Ainul juga hebat.”

“Semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH. Semua orang sayangkan Ainul… Ainul budak yang sangat cekal… cepat sembuh sayang.”

“Kehidupan adik Ainul insan terpilih yang sangat kuat. Ya ALLAH angkatlah sakitnya, kembalikanlah senyumannya, berikanlah kesembuhan buatnya, semoga Ainul membesar menjadi anak yang hebat dan dilindungi ALLAH, we love you Ainul. Sumber kekuatan kami sebagai seorang ibu.”

Baca juga  Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Keadaan Ainul pada tahun 2020 (kiri) manakala gambar kanan ialah yan terkini

Pada 1 Ogos lalu, Ainul Mardhiah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Berita dikongsikan oleh ibunya, Nurul Erwani, 27, menerusi platform Instagram (IG) miliknya yang memaklumkan kanak-kanak berkenaan sedang tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital.

Iklan

Ainul menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019 setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’. Perkembangannya diikuti seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada pelatih pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantunya menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Moga adik Ainul diberi kesembuhan seperti sedia kala. Kami semua sentiasa doakan yang terbaik buat Ainul.

Baca juga Terlalu tenat kerana jangkitan, Ainul Mardhiah kritikal di ICU

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.