MEMANG sakit mata dibuatnya setiap kali melihat wayar berselirat di belakang kabinet televisyen.
Bagi yang ada anak kecil, kita bimbang kalau mereka bermain wayar tersebut dan timbul pula masalah lain.
Sebenarnya, tidak susah pun jika mahu menjadikan ruang berkenaan kelihatan teratur, kemas dan cantik.
Ada cara yang mudah dan menjimatkan melalui pengurusan kabel di bahagian TV (cable management area TV).
Perkongsian tip yang dimuat naik oleh Dila Akashah menerusi page Kelab Kaki Deko memang menarik. Simple sahaja kaedahnya, tetapi sangat membantu.
Baca Ni Gelagat wanita ini rakam acara lipat kain empat bakul untuk 'Sukan Olimpik' bikin ramai terhibur
Bayangkan, hanya menggunakan tiga barang sahaja. Mudah bukan?
"Saya mahu kongsikan cara untuk menguruskan kabel TV yang cukup mudah dengan kos di bawah RM10 sahaja," ujar Dila menerusi kapsyennya.
Tiga bahan utama yang digunakan adalah seperti berikut:
i) PVC Case
ii) Cable tight
iii) Double sided
Cara membuat juga cukup mudah. Begini caranya:
1. PVC case boleh dibeli di kedai hardware, cable tight dan double sided tape. Lebih mudah, beli di Mr DIY.
2. Ikat wayar dan lekatkan PVC case pada mana-mana tempat yang sesuai. Pastikan anda membuat lubang sedikit di bahagian PVC case untuk memudahkan keluar masuk wayar. Lebihan wayar boleh jika disorokkan di dalam ruang tersebut.
3. Menurut Dila, Wifi router juga dimasukkan di ruangan berkenaan. Ini bagi mengelakkan sakit mata melihat wayar bersepah. Modem pulak diletakkan di dalam kabinet TV. Tambah beliau, cara tersebut setakat ini tidak menjejaskan kelajuan internet walaupun ketika itu anda berada di dalam bilik.
4. Siap.
Menarik juga idea yang dikongsikan ini kan? Sesuai sangat diaplikasi oleh anda yang mempunyai anak kecil yang sudah pandai meneroka ruang di dalam rumah.
Jika dibiarkan, risau nanti lain pula jadinya, lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan barangan elektrik. Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan