Gelagat wanita ini rakam acara lipat kain empat bakul untuk 'Sukan Olimpik' bikin ramai terhibur

A
A
A

LIPAT kain antara aktiviti atau rutin harian kaum ibu di rumah. Kadangkala datang mood 'malas', dibiarkan sahaja. Akhirnya menimbun tinggi.

Pening kepala dibuatnya kan sebab terpaksa mengambil masa untuk melipat sehingga siap.

 

Menerusi satu video di medium TikTok, dikongsikan gelagat seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Hasnan menjadikan acara melipat kain sebagai 'sukan olimpik' di dalam rumahnya.

Video yang berdurasi 38 saat tersebut memaparkan aksi  bekas peserta Akademi Fantasi itu bersama timbunan baju yang belum dilipat dan diletakkan di bahagian ruang tamu kediamannya.

 

Sambil mengulas seolah-olah sedang menyertai 'sukan olimpik' , Nadia akhirnya berjaya lipat baju di dalam empat bakul dalam masa 30 minit.

Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat beliau yang seolah-olah kecewa kerana gagal dalam acara tersebut.

 

Video yang viral itu mendapat lebih 947,000 tontonan dan 129,000 tanda suka.

Bahkan, ada yang memberi komen supaya beliau tidak berputus asa dan menyertai 'Sukan Sea' pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja, ada yang memuji kepantasan Nadia melipat pakaian dalam tempoh 30 minit, sedangkan ada yang mengambil masa lebih daripada sejam.

Memang kelakar!

Sumber: TikTok Nadia Hasnan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca