MINYAK masak adalah salah satu bahan masakan penting di dapur. Pemansuhan subsidi minyak masak sawit pada 1 Julai lalu menyebabkan harga maksimum berubah setiap bulan.
Ia adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musabaru-baru ini menyatakan harga minyak masak tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022.
Baca juga: 7 risiko kesihatan guna minyak masak lebih 3 kali, mak-mak wajib tahu
Baca juga: Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer
Bagi bulan Ogos, minyak masak botol 5kg ditetapkan pada harga RM34.70, berkuatkuasa 8 Ogos 2022 (di Semenanjung Malaysia sahaja). Manakala harga yang sama turut ditetapkan bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.
Terkini, bagi bulan September, Bernama melaporkan minyak sawit botol adalah seperti berikut;
1-5kg: RM33.50
2-3kg: RM21.10
3-2kg: RM14.30
4-1kg: RM7.50
5-Harga di atas akan dikuatkuasakan bagi jangka masa 8 September hingga 7 Oktober 2022.
Baca juga: Tiada masalah untuk bersihkan minyak masak yang baru sekali digunakan, ini sebabnya
Baca juga: Makan nasi dengan minyak, air, ibu anak 8 duduk tepi jalan, Ustaz Ebit hadiahkan motor
Sumber:" target="_blank" > Twitter Bernama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan