BERITA dua adik beradik pergi sekelip mata, maut dalam kebakaran di di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru meruntun hati rakyat Malaysia.
Tidak dapat membayangkan perasaan ibu bapa kepada mangsa, Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, apabila dua permata hati dijemput kembali dalam keadaan yang begitu tragis.
Bapa, Muhammad Fikri Abdul Mubian, 28, tidak menyangka dua anaknya itu 'hilang' sekelip mata. Malah isteri, Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, masih trauma.
"Isteri ada cerita anak-anak baru lepas mandi dan makan, dia pergi buang sampah tidak sampai 15 minit perkara ini berlaku.
"Tidak boleh dijangka, saya pun tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh hendak salahkan sesiapa, memang ajal macam ini saya kena terima," katanya yang bekerja ketika kejadian.
Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui
Baca juga: Kanak-kanak maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, 6 info haiwan berbisa ibu wajib tahu
[caption id="attachment_91443" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]
Baharu menyewa empat bulan di rumah berkenaan, Muhammad Fikri merancang untuk berpindah dari kawasan itu kerana tidak mampu menahan kepedihan susulan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua anaknya.
Bibir Merah benar-benar simpati kepada pasangan ini, diuji kehilangan dua anak sekali gus pastinya memeritkan. Semoga mereka dikurniakan ketabahan.
Berikutan kes yang menimpa dua adik beradik itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memastikan tahap keselamatan di rumah terutamanya barangan elektrik berada dalam keadaan balk.
"Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku semalam, polis buat siasatan juga ditakuti ada elemen jenayah boleh disiasat,tetapi kita percaya elemen itu tiada," katanya.
Baca juga: Kanak-kanak pun ada migrain? Ini 7 cara paling baik bantu si kecil atasi penyakit ini
Bibir Merah berharap kejadian ini menjadi pengajaran, khususnya golongan ibu bapa dan mereka yang bergelar penjaga kanak-kanak. Hanya kepada kita insan-insan kecil ini mengharapkan perlindungan.
Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Amerika Syarikat (AS) membataskan hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Manakala bagi sesetengah negeri di sana terdapat had umur tersendiri seperti Illinois, 14 tahun, Maryland, lapan tahun manakala Oregon, 10 tahun.
Bukan sahaja ditinggalkan sendirian di rumah, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan sendirian tanpa pengawasan sama sekali.
Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan
Baca juga: Main belon dinosaur dibeli ibu, kanak-kanak 5 tahun maut ‘keracunan helium’
Hal ini kerana kanak-kanak pada di bawah umur berkenaan tidak dapat menentukan yang mana selamat dan yang mana tidak. Mereka lebih mementingkan keseronokan sendiri seperti bermain berbanding keselamatan diri sendiri.
Selain umur dan kematangan, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kemahiran tertentu apabila berdepan situasi kecemasan. Semoga kes sebegini tidak akan berulang lagi.
Baca juga: Kanak-kanak normal pun boleh ada ciri autisme, ini mak-mak perlu perhatikan
Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius
Sumber: Bernama, childwelfare.gov
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan