KANAK-kanak berusia tiga tahun menjadi pencetus kemalangan melibatkan dua kenderaan. Barangkali teruja hendak menyeberangi jalan, si kecil didakwa rentap tangan penjaga dan berlari melulu untuk melintas.

Video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan insiden itu menjadi tular di laman sosial. Menerusi paparan berdurasi satu minit 23 saat yang viral, kanak-kanak lelaki tersebut sedang berjalan kaki berpimpin tangan dengan seorang lelaki dewasa di bahu jalan.

Bagaimanapun, sekelip mata, kanak-kanak berkenaan merentap tangan dan terlepas dari genggaman lelaki dewasa tersebut seterusnya berlari ke tengah jalan raya hingga menjadi pencetus kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Wakaf Aik, Bachok, Kelantan.

Baca juga: Tragis, 2 kanak-kanak maut, seorang parah dicampak dari ‘flyover’ setinggi 20 meter, berikut 8 fakta kejadian

Baca juga: Tular video kanak-kanak perempuan dirempuh, melintas jalan melulu. Ibu bapa ikut panduan keselamatan ini

Rakam layar video yang memaparkan kemalangan (Kredit: Media sosial)

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang petang.

“Susulan itu, seorang pemandu teksi lapangan terbang yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dalam perjalanan dari arah Besut, Terengganu menghala ke Pengkalan Chepa terpaksa mengelak ke kanan sebaik sahaja melihat kanak-kanak tersebut melintas jalan,” katanya.

Kanak-kanak lelaki itu patah tulang selangka sebelah kanan serta mengalami luka pada bahagian badan lain telah menerima rawatan di Zon Kuning, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kedua-dua pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes diklasifikasikan bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga: Bina kolam renang sendiri di rumah, jangan abai faktor keselamatan, hadam 10 perkara ini dulu

Baca juga: Bayi 6 bulan maut, gigih dibawa bapa 12 jam menaiki motosikal untuk tonton bola sepak

Jalan raya adalah tempat berbahaya. Tidak kira sama ada lebuh raya mahupun jalan kampung, ibu bapa dan penjaga seharusnya cakna dan lebih berhati-hati apabila membawa kanak-kanak bersama ketika di jalan raya.

Kredit foto: Pexels (Kamaji Ogino)

Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan lapan tip keselamatan pejalan kaki kanak-kanak.

1.Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah usia 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.

2.Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki.

3.Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.

Iklan

4.Jangan berlari ketika melintas jalan.

5.Jangan bermain berhampiran jalan raya.

 

6.Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang-kurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.

7.Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan di hadapan.

Iklan

8.Pakai pakaian berwarna cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: MyHEALTH

Baca juga: 1 dari 5 kanak-kanak Malaysia bantut. Buka sekolah anak masih muat baju lama, kurang membesar masa pandemik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.