Beg berat, lokar murid Tahun 1 dan 2 dipasang di sekolah mulai akhir bulan ini, ramai ibu tarik nafas lega

Iklan
beg sekolah

BEG sekolah berat merupakan isu yang sudah lama menjadi rungutan ibu bapa tertamanya anak-anak di sekolah rendah.

Isu tersebut bukanlah perkara baharu, malah dianggap sebagai 'never ending story'.

Iklan
Iklan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya turut digesa untuk memberi perhatian terhadap keluhan ibu bapa yang kasihan melihat anak-anak mereka seperti membawa 'sekampit beras' ke sekolah.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa kerana rutin menggalas beg sekolah berat menjadi antara punca anak mereka menghadapi masalah tulang belakang bengkok.

Iklan

Terbaharu, KPM mengumumkan akan menjalankan fasa satu pemasangan lokar sekolah yang akan dimulakan bermula akhir bulan ini.

Ia merupakan antara tujuh inisiatif KPM untuk menangani isu beg berat dalam kalangan murid sekolah.

Iklan

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berikut perincian pemasangan lokar di sekolah;

1. Fasa satu inisiatif itu akan dilaksanakan di sekolah dua sesi, membabitkan murid Tahap Satu.

2. KPM menjangkakan menjelang Oktober, perolehan untuk inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan ke sekolah yang disenaraikan dalam fasa satu itu.

3. Dalam fasa satu, KPM pasang lokar untuk murid Tahun Satu dan Dua, akan mula pasang lokar di sekolah pada penghujung bulan ni.

4. Ujarnya, pada Oktober nanti, pihaknya akan cuba ikhtiar supaya semua perolehan tu sampai dan dipasang di sekolah.

Baca juga "Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya.” Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

[caption id="attachment_78781" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

5. Mac lalu, Radzi menyenaraikan tujuh inisiatif meringankan beg sekolah iaitu penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu sehingga empat mata pelajaran sehari dan buku latihan tidak lebih dua buah serta buku teks digital.

6. KPM turut menggalakkan penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertema atau modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (Virtual Lab) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan kelas agama fardu ain (KAFA).

7. Terdahulu ketika menyampaikan taklimat, Radzi memaklumkan, kebanyakan majlis agama Islam negeri bersetuju untuk pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi kelas KAFA.

8. Murid-murid tidak perlu lagi bawa uniform sekolah KAFA.

Dalam pada itu, tinjauan penulis ke media sosial, ramai ibu bapa menarik nafas lega dengan tindakan yang dilakukan KPM.

Ujar mereka;

"Alhamdulillah sekurang-kurangnya boleh kurangkan berat beg anak-anak. Moga tiada masalah lokar pula yang timbul nanti."

"Syukurlah ibu-ibu, itu tindakan yang KPM buat untuk anak-anak. Moga mereka belajar dengan selesa."

Baca juga #SiBibirMerah: Ibu risau kes buli di sekolah, cegahlah pembulian seawal kecil didikan dari rumah

"Bolehlah kurangkan sedikit bebannya. Bersyukur untuk tindakan yang dibuat KPM, syabas!"

"Oklah tu kan daripada anak-anak tanggung bawa buku yang banyak ke sekolah."

"Leganya dengar... moga anak-anak dapat belajar dengan baik dan selesa ke sekolah."

Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.